Tuesday 11 November 2014

Rencana di Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak

Pihak SSKM ingin kongsikan kepada anda akan satu perkara yang telah disebarkan secara umum. Perkara yang dimaksudkan ialah satu Mesej daripada Asia Barat.

Dalam mesej mereka yang telah disampaikan pada Bulan Februari 2014 di salah satu daerah Negara Sabah, seseorang wakil daripada Asia Barat telah berkata...

"Akan terdapat beberapa perkara yang luar biasa bakal terjadi di Malaysia khususnya di Borneo iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak. Kedua-dua Negara ini telah terpilih untuk berlaku kejadian yang luar biasa untuk disaksikan oleh seluruh Dunia."

"Nanti, akan muncul seorang pemimpin yang akan berdiri dan bercakap untuk rakyatnya. Yang akan mempertahankan bangsanya tanpa mengira agama. Pemimpin ini akan sangat digeruni oleh semua pihak yang berkeinginan jahat terhadap bangsa dan negaranya." 

Tidak lama kemudian, YB.Datuk Adenan Satem telah muncul untuk mempertahankan Bangsanya daripada Penganiayaan pihak luar dan sangat tegas dalam menjaga kepentingan bangsa Negara Sarawak tanpa mengira apa jua kepercayaan mereka.

"Malaysia, bakal mengalami dua keadaan yang luar biasa yang mana sebuah kapal terbang akan hilang dan sebuah lagi akan terhempas kerana ditembak. Perang antara Russia dan Ukraine tidak dapat dielakkan". 

Tidak lama kemudian, perkara dan kejadian yang telah disampaikannya telah berlaku iaitu dua buah kapal terbang MAS telah mengalami kejadian seperti yang telah disampaikan olehnya dan Perang di antara Russia dan Ukraine berlaku.

Katanya lagi, "Di Sabah, akan muncul raksasa yang besar dan mengganas untuk mengancam keselamatan rakyat Bangsa Negara Sabah. Namun, jangan ditakuti kerana semakin mengganas raksasa tersebut, semakin bersatu rakyat Bangsa Negara Sabah untuk mempertahankan diri mereka serta menyiapkan diri untuk menentang raksasa tersebut. Raksasa tersebut bakal ditewaskan dan akan muncul sebuah kerajaan Baru yang bakal ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang Bijaksana dan adil. Sepanjang dalam pemerintahan mereka, Keadilan dan saksama menjadi Pegangan dalam pentadbiran mereka. Rakyat dalam pemerintahan mereka bakal menikmati kehidupan yang selama ini diidamkan." 

"Namun, sepanjang pemerintahan mereka juga, akan muncul raksasa-raksasa baru yang sentiasa mengganggu pentadbiran dan keselamatan rakyat tetapi jangan dikhuatiri kerana kerajaan baru ini mampu untuk menanganinya dengan baik." 

Dalam mesej tersebut, raksasa yang dimaksudkan boleh dibayangkan permainan pemimpin malaya yang cuba mengugut dan mengganggu keselamatan dan keharmonian bangsa Negara Sabah agar tidak berlaku pertukaran kerajaan yang kini dipegang oleh mereka melalui parti dominan iaitu umno-bn. Kerajaan negara Sabah bakal bertukar kepada kerajaan baru yang dipegang dan ditadbir oleh parti-parti tempatan dengan kepimpinan generasi muda yang Nasionalis, menitikkan Keadilan dan saksama untuk semua etnik di Negara Sabah. Ini juga bermaksud, Negara Sabah bakal Merdeka sepenuhnya daripada penjajahan malaya. Dalam kerajaan dan negara baru Merdeka, malaya akan sentiasa mengganggu pentadbiran  dan kerajaan negara Sabah dengan pelbagai cara. Lain lagi gangguan daripada Selatan Filipina yang mungkin didalangi oleh malaya itu sendiri.

Inilah mesej yang jelas telah disampaikan kepada komuniti di Negara Sabah pada bulan Februari 2014 tahun ini. Beberapa perkara sudah berlaku dengan nyata dan sekarang, perkara lain sedang berlaku dan terjadi mengikut penyampaian daripada wakil Asia Barat. Ia bakal terjadi dan menjadi realiti. Jikalau ia merupakan Rencana Maha Kuasa, maka semua rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak perlu berdoa kepada Maha Pencipta masing-masing...

Sebarkan...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...