Thursday 27 November 2014

Biar badan rebah ke bumi sebagai seorang pejuang, tetapi tidak sesekali rebah sebagai seorang pengkhianat bangsa!!! NOKTAH!


Sedarilah semua bahawanya ketiga-tiga perkara ini telah dan masih sedang dilakukan oleh malaya keatas bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. SSKM-SSU(UK) menentang usaha mereka dengan membawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk tidak lagi bersekutu dengan malaya dalam persekutuan malaysia ini. 

Sememangnya hak untuk menarik diri daripada persekutuan ini adalah HAK MUTLAK KITA! Mengapa malaya mahu menyekat niat kita? Siapakah mereka yang mahu mencampuri hak kita? 

Dalam saat ini, mereka berusaha untuk menimbulkan dan memunculkan raksasa ketakutan agar kebangkita ini terbantut. Tetapi pihak SSKM-SSU(UK) katakan kepada anda semua... Jikalau anda takut untuk menuntut hak anda sendiri maka anda sudah kehilangannya sebelum berjuang. Namun, jikalau anda berani berjuang walau apapun jua aral melintang dihadapan, nescaya kemenangan sudah mula bersinar dan kita mampu tersenyum kerana kita tahu perjuangan ini bukan untuk diri kita semata-mata tetapi adalah untuk generasi masa depan kita iaitu anak-anak kecil anda sekarang dan bagi mereka yang bakal berkeluarga nanti.

Jikalau anda takut untuk bergerak dalam satu langkah kebangkitan untuk kali ini maka anda sudah terlepas untuk bersama-sama berjuang untuk anak-anak anda, untuk generasi masa depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Apakah anda semua mahu diperkatakan sebagai "penumpang" kepada kejayaan nanti? Dimanakah maruah anda yang mempunyai kekuatan fizikal yang sihat tetapi penakut untuk berdiri untuk hak anda?

Perjuangan ini sememangnya bukan melalui kekerasan tetapi HANYA melalui saluran demokratik, menurut undang-undang tetapi malaya mahu berusaha melabelkan usaha ini sebagai "berbahaya" dan mesti dibenteras. Mereka telah lupa bagaimana mereka telah bersusah-payah mendapatkan kemerdekaan daripada British. Mereka tidak suka dijajah namun mereka telah melakukan perkara yang dibenci oleh mereka kepada kita, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak...

Adalah tidak menjadi kesalahan bagi kita yang berdiri di bumi yang nyata ini untuk menuntut Hak dan Kebenaran Bangsa kita bahawanya tiada sesiapa yang dapat menghalang Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk Merdeka. Sememangnya kita hanya mahu mengembalikan kedudukan asal kita sebagai Negara yang Berdaulat tanpa campur tangan orang asing.

Kita bakal mencatatkan sejarah dalam buku sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak bahawa kerajaan malaya telah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak mungkin kita mampu lupakan biarpun sudah berkurun generasi yang akan meneruskan kelangsungan di bumi Borneo ini bahawanya malaya adalah Penjajah yang Tidak berperikemanusian!

Marilah kita bersama-sama bangkit dengan berani dalam satu langkah barisan yang serentak dengan dada yang tegak dan memandang kedepan dengan segak bahawa mereka mungkin boleh mengancam keselamatan dan nyawa para pejuang bangsa Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak namun mereka TIDAK MAMPU MENGANCAM SEMANGAT NASIONALISME BANGSA BORNEO UNTUK MEMERDEKAKAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK DARIPADA CENGKAMAN PENAJAJAHAN MALAYA YANG HINA INI.

Biar nyawa rebah ke bumi sebagai seorang pejuang, tetapi tidak sesekali rebah sebagai seorang pengkhianat bangsa!!! NOKTAH!

Sebarkan...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...