Thursday 13 November 2014

"Pengasas Kepada Penghidupan Sebenar..."

Kita seringkali melihat atau mulai mengambarkan masyarakat melalui perbezaan tingkat atau bahagian kelas. Taraf kehidupan masyarakat itu mencerminkan pola keadaan sebenar bagaimana kelas masyarakat itu yang membawa kehidupan mereka sehari harian. Daripada zaman terdahulunya memang wujudnya perbezaan masyarkat,iaitu golongan pemerintah atau kuasa pemimpin dominan, diikuti golongan intelektual dan golongan masyarakat bawahan. Apabila yang kuat mulai memakan mereka yang lemah,maka tinggi status masyarakat itu memberikan kelebihan bagi mereka untuk menjamin keturunan mereka untuk terus hidup dan memonopoli golongan bawahan.

Cetusan warna-warna masyarakat seringkali mengambarkan penghidupan komuniti-komuniti yang akan meneruskan hidup dengan cara bersaing saing sesama sendiri, merebut keperluan-keperluan asas kehidupan. Namun juga pada hari ini kita dapat melihat bahawa manusia atau komuniti itu sendiri tidak juga hanya mengejar dan memperjuangkan hari untuk merebut keperluan asas kepada penghidupan manusia secara asasnya tetapi juga atas desakan hidup dan keadaan trend semasa maka asas kepada penghidupan tidak lagi diambil kira kerana manusia mula melihat kebendaan menjauhi keperluan asas,melupakan hal yang dahulunya membuatkan manusia dahulunya harus bergantung kepada beberapa rangkaian keperluan asas iaitu air, tempat tinggal,pakaian dan makanan.

Apabila kehendak manusia itu sendiri melebihi kemampuan diri sendiri maka hasil keringat seharian sudah tidak relevan sama sekali.Kita melihat kepada ketamakan manusia itu sendiri. Hal ini justeru sama sekali telah mengetepikan nilai-nilai kemanusian. Apabila kita mulai menyedari bahawa seseorang itu harus ditempatkan di suatu situasi atau ruangan bagi membolehkan suatu kitaran atau pusingan kehidupan berlaku untuk suatu ketika sehinggahlah kita tidak menyedari bahawa manusia itu terpaksa mengetepikan nilai-nilai kemanusian demi mencapai tujuan bagi memenuhi kehendak yang sukar dipenuhi.

Dengan cara memperhalusi keadaan, dimana mereka harus bertindak menempatkan segelintir golongan atau kelompok komuniti atau masyarakat,memaksakan kebergantungan dalam golongan buruh, rakyat biasa atau masyarakat kelas bawahan. Dalam situasi ini, tidak ada mana-mana pun peluang atau keadaan dimana tingkat para bawahan komuniti akan berpeluang atau mensasarkan untuk melangkah pada peringkat yang seterusnya, keadaan yang kejam memaksakan kelas bawahan terpaksa menuruti dan menganggukkan kepala untuk bersyukur akan hakikat bahawa hasil usaha keras hanya untuk layak menikmati keperluan asas bagi kelangsungan hidup. Angkatan masyarakat atasan akan berusaha untuk menyemai pemikiran golongan bawahan bahawa mereka rakyat biasa harus menerima hakikat bahawa mereka harus tetap tinggal mendominasi kelas bawahan selama lamanya.

Kita seringkali melihat bahawa seorang majikan atau tuan tanah itu digambarkan sebagai seorang ketua yang seharusnya memiliki seorang penolong atau pesuruh bagi membantu mengerjakan segala urusan atau tugasan. Jika si pak cik guard hanya mampu bersyukur hanya kerana dapat membeli keperluan asas untuk hidup esok dan hari-hari seterusnya,dan kita pergi melihat pula kepada pola hidup si ayah. Apabila manusia itu sendiri selalu terbeban antara soal keperluan dan kehendak,maka kita melihat suatu kebergantungan di sini.Keadaan di mana kita terpaksa bekerja keras untuk memenuhi dua tuntutan dalam masa yang sama,keperluan dan kehendak.Jika kita mulai merasa kita sudah dicukupkan dengan keperluan asas, maka kita mulai memikirkan untuk memenuhi kehendak kita dan keluarga pula.Kita mulai memikirkan bahawa tempat tinggal itu bukannya hanya sebuah rumah kos sederhana,maka kita mulai berfikir untuk memiliki sebuah tanah dengan sebuah banglo di atasnya, malah sebuah kereta mewah untuk memudahkan urusan pergi balik kerja.

Saya melihat sebuah kehidupan itu sebagai; apabila kita dapat berpijak di atas tanah,mendirikan sebuah rumah,diisi dengan anggota keluarga yang hidup berharmoni.Apabila kita katakan dengan harmoni,kita ibaratkan ia dengan alunan muzik hasil penggabungan melodi dan rentak,untuk menghasilkan sebuah lagu yang betul-betul mengalunkan rentak,melodi yang menyakinkan,maka kita sepatutnya memerlukan melodi dan rentak yang berlainan.Tidak mungkin sebuah muzik yang bernada harmoni bakal terhasil dengan hanya mengikuti satu tekstur. Dan kita melihat sebuah penghidupan dengan cara yang sebegitu. Terdapat banyaknya pencaturan masyarakat,oleh itu kita memerlukan satu tekstur atau elemen yang sepatutnya membolehkan kita bersama sama mencapai matlamat yang sama bagi kelangsungan hidup yang adil antara semua lapisan masyarakat. Sepatutnya golongan yang berdominan kecil tidak seharusnya dipinggirkan dan ditindas terus menerus.

Sebuah pemandangan yang indah, "Saya sangat terkagum akan sebuah perkampungan dengan deretan pemandangan rumah disebalik kemegahan bukit-bukit di kaki-kaki gunung dan bukit di Ranau.Terdapat banyaknya komuniti masyarakat yang saban hari akan berjuang untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka,yang berusaha untuk mengerjakan tanah-tanah bagi tujuan memenuhi segala keperluan asas bagi kelangsungan hidup".

"Ya, saya sangat yakin bahawa hanya penghasilan dari sumber tanah yang menghidupkan mereka,kita seharusnya melihat serius akan kepentingan ini. Malah mereka bahkan sanggup mati menggadai nyawa demi tanah pusaka mereka”.

Sebagai manusia kita malah sendiri bersetuju dengan pernyataan bahawa “Manusia itu tidak hanya hidup daripada roti sahaja”. Segala pengasas kepada penghidupan ialah berkisarkan kepada kepentingan tanah.

“Saya menyelami pemikiran penduduk kampung yang hanya ingin hidup bersederhana yang hanya menginginkan hasil keringat daripada hasil tuaian di tanah,hanya untuk cuba melengkapi keperluan seharian untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga. Sebuah harapan yang cukup sederhana dan jauh sekali untuk memikirkan bagi keadaan yang sebaliknya dan bagi yang sudah berusia tua hanya berharap menyelusuri saki baki kehidupan di atas tanah pusaka”.

Kita akan mencintai kemodenan namun kita harus juga memikirkan bagaimana kemodenan ini yang sebenarnya memusnahkan banyaknya perkara-perkara yang saya berpendapat kita tidak akan menemui satu keadaan masa datang yang apabila kita bangun dengan kita masih berpijak di atas tanah milik mutlak dan dapat menjalani sebuah penghidupan normal di sebuah kampung.

Penghapusan suatu keadaan secara nyata atau secara fizikalnya kita akan mampu untuk merasakannya, namun apabila suatu pandangan lain yang menyatakan bahawa penghapusan sesuatu individu atau manusia yang bertamadun yang sebenarnya mampu untuk memusnahkan ketamadunan sesuatu bangsa itu. Kita melihat ianya bersifat halus namun mampu untuk membinasakan dan menghancurkan sesuatu bangsa atau individu atau komuniti itu sendiri.Keadaan lalu sebenarnya yang mematangkan kehidupan kita pada hari ini. Namun, kita melihat juga melalui medan atau kaedah apakah yang digunakan untuk melangkah ke arah kematangan itu.

Apabila kita mulai bercakap mengenai kematangan itu sendiri,kita sebenarnya patut melihat balik bagaimana sebenarnya peranan agama itu sendiri yang sebenarnya yang akan memainkan peranan di sebalik semua yang menyumbang kepada proses kematangan itu. Bilamana kita mulai dimatangkan dengan ajaran dan keberkesanan agama itu sendiri maka kita sepatutnya tahu bahawa setiap agama itu sebenarnya adalah satu medan untuk cuba mematangkan dan mentamadunkan manusia itu sendiri.

Terdapat banyak pecahan agama di seluruh dunia dan kita cuba untuk melihat keberkesanan ajaran tersebut. Adakalanya terdapat individu atau komuniti yang akan menyimpang dari tujuan asal ajaran tersebut.Kita mengatakan bahawa manusia moden pada hari ini lebih memahami dan matang dalam mempersoalkan ajaran tersebut supaya dapat dipraktikan dalam kehidupan seharian,namun saya sendiri melihat bahawa manusia moden atau generasi baru pada hari ini sebenarnya telah gagal dalm mempersoalkan dan mengkritik agama atau fahaman individu lain. Tidak ada penyatuan sama sekali,yang sepatutnya adalah penyatuan semua agama-agama seluruh dunia dalam menjadikan keadaan dunia sebenar berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan lebih baik.

Percanggahan pendapat dalam kalangan beberapa golongan ketua agama sebenarnya tidak relevan untuk dipraktikan. Ianya hanya akan mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan yang sebenarnya menjadi punca kepada ketidakstabilan dunia pada hari ini. Dan apabila kita mulai membabitkan unsur politik dalam agama sebenarnya yang akan mencetuskan keadaan dunia menjadi lebih teruk pada hari ini. Jika kita mahu menjadikan keadaan atau situasi itu lebih baik maka kita sepatutnya mulai melihat kepada tujuan asal dan pengajaran fahaman atau agama itu sendiri. Segala buruk dan baik sepatutnya menjadi pegangan kepada setiap manusia yang mempunyai kepercayaan agama masing-masing.

Kita menjurus kepada permasalahan agama yang ditimbulkan di Borneo sejak kebelakangan ini, sepatutnya ini tidak menjadi isu atau hal yang serius hakikatnya.Keadaan ini saya gambarkan melalui; penghapusan sebuah etnik atau bangsa dan penghapusan sebuah agama yang nyatanya berpolimik kini. Lazimnya,kita melihat bahawa setiap etnik atau bangsa itu sendiri memilki susun atur dan entiti yang seharusnya dapat menggambarkan identiti atau jati diri sebagai mencerminkan pengkhususan kepada sesuatu etnik atau bangsa itu.

Seharusnya perkara mengekalkan status atau identiti nyata secara berterusan yang akan dapat memelihara dan menyakinkan kekuatan sebuah bangsa itu. Contohnya,setiap bangsa itu sering menguna pakai identiti diri yang berkisarkan kepada pengenalan identiti bangsa itu. Tidak seharusnya kita melenyapkan identiti diri kita semata mata hanya untuk memenuhi syarat penuh bagi menganuti sebuah agama yang lain. Jika manusia akan mati dan hanya nama yang akan ditinggalkan, maka abadikan nama anda bagi tujuan kelangsungan etnik anda.

Uniknya Borneo berpaksikan kepada pecahan-pecahan etnik dan kaum pelbagai yang mewarnakan erti sebuah keharmonian dalam kalangan rakyat yang tinggal diam di dalamnya. Setiap etnik membawakan kepelbagaian cara penghidupan yang berlainan, tata susila kehidupan,adat resam serta identiti diri dan kekuatan pegangan agama. Sebagai bornean, saya percaya bahawa di sebalik perbezaan etnik terdapat suatu ikatan semula jadi yang menjadikan kita tidak menampilkan sebarang permasalahan anutan agama sebagai suatu jurang yang bakal memecah belahkan institusi masyarakat di Borneo.

Kita percaya bahawa setiap ajaran agama itu memiliki kekuatan yang tersendiri, kita percaya bahawa antara manusia tiada yang berhak mensasarkan iman percaya kita terhadap agama yang kita anuti. Melainkan kita membiarkan diri kita dimanipulasikan oleh keadaan persekitaran dan melalui pergaulan seharian kita. Polemik agama yang cuba dicetuskan diibaratkan seperti bom jangka yang hanya menanti waktu untuk meletup.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...