Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

Tuesday 23 December 2014

Pemimpin Persekutuan memperbodohkan Sabah dan rakyatnya


SAYA yang sudah tua pada umur menjangkau 74 tahun ini semakin merasa sangat rimas dengan tingkah-laku pemimpin-pemimpin Persekutuan Malaysia yang melayan amat buruk sekali rakyat Sabah.

Terlalu banyak perbuatan buruk mereka terhadap kita sehingga kertas pun mungkin tidak cukup untuk menyenaraikan kejahatan mereka.

Apa tidak jahat lihatlah hasil Sabah telah dihisap habis oleh Malaya sampai kita yang kaya ini telah menjadi yang termiskin di antara 13 negeri dalam Malaysia, walhal Sabah adalah sebuah negara asalnya.

Laporan RCI yang dikeluarkan kepada umum di Kota Kinabalu semalam adalah salah satu bukti kerajaan Persekutuan memperbodohkan Sabah.

Semua kita tahu kebanjiran pendatang haram dari Indonesia dan Selatan Filipina di Sabah adalah angkara jahanam Persekutuan.

Pihak keselamatan seperti askar, polis dan imigresen gagal sama sekali menampan kemasukan pendatang haram. Bukan setakat gagal beberapa kali, tetapi gagal setiap saat selama berpuluh tahun!

Bukankah ini telah memperbodohkan rakyat Sabah?

Apabila pendatang ini yang majoritinya orang Islam sudah berada di bumi Sabah, maka sekali lagi pihak-pihak berwajib yang sepatutnya menjaga keselamatan Orang Asal, gagal pula menangkap para pendatang ini.

Mereka bebas berkeliaran di sana sini, berniaga malah mengancam keselamatan penduduk tempatan dan pengunjung ke Sabah.

Jabatan Imigresen tidak dapat berbuat apa-apa, manakala Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia pula sibuk mendaftarkan penadatang sebagai warganegara sehinggalah hari ini.

Didaftarkan lagi sebagai pengundi. Kalau dulu mereka ini dibiarkan mendirikan rumah-rumah setinggan di pesisir pantai, pulau-pulau dan tepi bandar, sekarang sudah ada kalangan mereka ini membeli rumah pangsa murah yang dibina kerajaan pusat di Sabah.

Mereka ini sudah beranak-pinak, beratus ribu mereka di sini, penduduk tempatan Kadazandusun, Murut, Rungus, Bajau, Sungai, Cina dan lain-lain pula hanya berdiam diri malah ada yang mengambil kesempatan menyewakan rumah mereka kepada pendatang, syukur saja dapat duit sewa.

Inilah kerja kerajaan persekutuan Malaysia, menambahkan penduduk Islam di Sabah tak kiralah kalau Sabah ini dan Malaysia ini akhirnya di"Indonesiakan".

Maka tidak hairanlah menteri-menteri persekutuan pun dari Indonesia dan begitulah para pegawai kerajaannya.

Orang tempatan seperti saya sebut tadi pula terus dipinggirkan. Anak-anak mereka sukar mendapat pekerjaan, akibatnya banyak keluarga Orang Asal merosot pendapatannya dan tidak stabil kehidupan mereka. Senanglah lagi diperbodohkan.

Inilah yang saya katakan kerajaan pusat memperbodohkan rakyat asal Sabah, Anak Negeri Sabah. Hanya Tuhanlah yang tahu membalas kejahatan dan kezaliman mereka yang semakin bertimbun dan semakin meningkat sekarang.

Dalam pandangan saya sebagai seorang yang berumur 74 tahun, mereka ini telah merosakkan negara Malaysia. Mereka telah menghancurkan Malaysia yang sebenarnya. Tiada keadilan di sini.

Mereka pasti menerima balasan dari Tuhan tak lama lagi. Bau kejahatan mereka sudah sampai ke syurga, menunggu masa bala menimpa mereka yang lebih berperangai seperti Setan "walaupun salah, mereka tak mengaku kesalahan, terus menafikan, malahan seakan-akan mereka ini langsung tidak takut lagi kepada Tuhan yang Maha Kuasa". Nanti mereka menerima tulah mereka. 

Adakah Malaysia sudah Hapus – Pertanyaan kepada SEEDs


Perkara yang paling bahaya dalam dunia ia lah kenyataan yang separuh betul. Sekiranya tidak di tegur penghujungnya kenyataan akan menjadi satu PEMBOHONGAN. Apabila SEEDs mengatakan begini:

“What transpired in the British Parliament to give effect to the Malaysia Agreement 1963 was: The Malaysia Act 1963 was passed in the British Parliament on July 31, 1963 to relinquish sovereignty and jurisdiction over Sabah, Sarawak and Singapore and to vest jurisdiction in the Government of Malaysia on Malaysia Day”

Alih bahasa kepada Bahasa Malaysia Ertinya:

“Apa yang berlaku di Parlimen British untuk memberi kesan kepada Perjanjian Malaysia 1963 adalah: Akta Malaysia 1963 telah diluluskan di Parlimen British pada 31 Julai 1963 untuk melepaskan kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Sabah , Sarawak dan Singapura dan untuk meletak hak (Vest) pada Kerajaan Malaysia pada Hari Malaysia “

Penjelasan dan Soalan kami pula berbunyi begini:

Pertama:

Perkataan “Meletak hak” atau “Vest” ialah mengamanahkan ertinya membentuk satu Amanah ia itu Malaysia. Dengan Akta ini pihak British membentuk sebuah AMANAH yang di panggil Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia sebagai Pemegang AmanahPewarisnya pula ia lah PERSEKUTUAN Sabah, Sarawak dan Singapura.

Apa yang di nyatakan dalam keratan akhbar ini seakan-akan sengaja untuk mengelirukan rakyat supaya menerima bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura di serahkan bulat bulat kepada Persekutuan Tanah Melayu – untuk mereka berbuat sesuka hati mereka.

Ini tanggapan salah – Malaysia adalah satu AMANAH yang di bentuk oleh United Kingdom – Persekutuan Tanah Melayu adalah Pemegang AMANAH dan PERSEKUTUAN Sabah, Sarawak dan Singapura adalah PEWARIS (Beneficiaries) untuk AMANAH tersebut.

Sebagai PEWARIS PERSEKUTUAN Sabah, Sarawak dan Singapura tidak boleh di serapkan sebagai Pemegang AMANAH !!!! Sekiranya ini berlaku AMANAH tersebut pecah – ertinya Malaysia juga HAPUS !!!!!

Saya menggunakan perkataan “Persekutuan” oleh kerana British melalui Akta ini mengiktiraf bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura adalah “Persekutuan” – bererti sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat – hanya kita belum lagi memegang PENTADBIRAN dan belum mendapat pengesahan Dunia.

Kedua:

“to vest jurisdiction in the Government of Malaysia on Malaysia Day” ini satu kesalahan kerana Malaysia ia lah satu AMANAH bukan “Government”, Persekutuan Tanah Melayu di amanahkan oleh Kerajaan United Kingdom.

Perkataan “Malaysia Day” atau “Hari Malaysia”, dalam Perlembagaan Persekutuan ada di sebut dalam tidak kurang daripada 14 Artikel (Perkara), namun TAFSIRAN “Hari Malaysia” tidak ada di dalam Perlembagaan Persekutuan ini. Sekiranya TAFSIRAN “Hari Malaysia” tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan bererti tindakan mengamanahkan oleh British kepada Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah berlaku – ADA KAH MALAYSIA WUJUD sejak 1963 ??

Saya berharap cerdik pandai dan pakar undang-undang dalam SEEDs boleh menjawap soalan ini – Silakan Jawap.

Jangan Buyuk Sabah ….. Bah !!!!

Sabah dan Sarawak Berstatus Negara


MALAYSIA 1963 adalah persekutuan 4 kerajaan – Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura. Singapura keluar persekutuan tahun 1965, tinggal Sabah, Sarawak dan Malaya dalam Malaysia: Sabah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan Malaya satu wilayah. Maka, sebetul-betulnya kata, sewaras-warasnya minda, sejitu-jitunya istilah, Sabah, Sarawak dan Malaya adalah Rakan Kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

Secara dasarnya MALAYSIA 1963 mengilhamkan Sabah dan Sarawak sebagai dua daripada tiga negara dalam Persekutuan Malaysia (Singapura tidak diambil kira sudah). Maksudnya di sini, tuan-tuan dan puan-puan, Sabah atau Sarawak bukan salah satu daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Negara-negara di Borneo ialah kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran Malaysia sama seperti Wales kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran United Kingdom dan France Guinea dalam pentadbiran Perancis.

Borneo masa tu tak kenal pun Kelantan atau Pahang, apatah lagi Langkawi.

Kedah, N9, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur adalah 12 negeri-negeri dalam Malaya.

Tawau, Sandakan, Sepitang, Kundasang, Kota Kinabalu dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sabah. Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sarawak.

Dalam ertikata lain, 12 negeri-negeri Malaya bergabung masih tak setanding Sabah dan Sarawak. Seharusnya, kerja-kerja pembangunan sosio-politik, ekonomi, dan infrastuktur di Sabah dan Sarawak mesti dibuat lebih pesat daripada mana-mana satu, dua, empat atau 12 negeri-negeri di Malaya bergabung.

Kalau Malaysia boleh upgrade-kan Negeri Perlis dari negeri-dunia-ketiga sehingga boleh jadi negeri-membangun dan sekarang negeri-maju, dunia Malaysia seharusnya boleh bangunkan Sabah atau Sarawak dengan usaha 12-kali-Perlis. Pasal Sabah atau Sarawak bukan negeri; ianya satu negara dalam Persekutuan Malaysia. Begitu maksud MALAYSIA 1963.

Paham dah korang?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah kepentingan-kepentigan Sabah dan Sarawak diperlekehkan setiap kali – kecuali masa pilihanraya Parlimen. Pembangunan di Malaysia, samada budaya pop atau politik nusantara, hanya berlangsung di sepanjang garisan tiga bangsa-bangsa di Malaya – Melayu, Cina dan India. Seolah-seolah dasar ekonomi baru tak pandang langsung rakyat Sabah dan Sarawak. Kalau ada pun, setakat tempias-tempias dasar pembangunan.

Seperti dakwaan mendiang Sim Kwang Yang, Sabah dan Sarawak sangat mundur dari segi pembangunan sosio-ekonomi dibandingkan Malaya; antara negeri paling miskin di Malaysia, terletak di kedudukan sedikit atas dari Kelantan.

Ini kerana Sabah atau Sarawak dibangunkan sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, bukannya sebagai sebuah negara dalam Persekutuan Malaysia. Di situ silapnya pentadbiran Malaya.

Dan itulah yang kita sebagai anak-anak Borneo mahu betulkan sekarang. Kita kena betulkan. Kita kena juga buat. Kalau tak sekarang bila lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Adenan Satem dah buat dah. Jeffrey Kitingan dah buat dah. Mereka nak kembalikan status “Negara” kepada Sabah dan Sarawak.

Ini perlu, supaya agihan kekayaan Persekutuan Malaysia dapat dilakukan dengan betul dan adil. Malaya dapat satu bahagian, Sabah dapat satu bahagian, dan Sarawak dapat satu bahagian. Dah namanya Rakan Kongsi jadi kita kena berkongsi sama rata lah — bahagi tiga.

Jangan lah bagikan bahagian Sabah dan Sarawak tu kepada daerah-daerah dalam Malaya seperti Perlis dan Pahang. Kalau nak bagi juga, ambil dari bahagian Malaya lah. Kan Perlis dan Pahang tu termasuk dalam Malaya.

Kerajaan persekutuan Malaysia, melalui Petronas, mengagih-agihkan kekayaan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia, termasuk Labuan. Yang pelik nya tu, hampir semua pembangunan bertumpu di Malaya sahaja, siap ada Twin Towers lagi diaorang. Dah Malaya banyak sangat duit, diaorang senang-senang jer buat by-election di sana-sini. Itu duit Borneo tu diaorang guna.

Orang Malaya bukan tahu pun dari mana datangnya semua duit tu. Diaorang cuma tahu bedal jer. Lepas tu pandai pulak tunjuk lagak kat orang Sabah dan Sarawak. Malaya naik angkasa guna duit Borneo, diaorang tahu ke?

Semua kepincangan ini berlaku kerana Malaya sudah pecah amanah dalam mentadbir Persekutuan Malaysia. Pakcik ingatkan sekali lagi, ini berlaku kerana Sabah atau Sarawak dibangunkan sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, bukannya sebagai sebuah negara dalam Persekutuan Malaysia. Di situ silapnya pentadbiran Malaya.

Dan itulah yang kita sebagai anak-anak Borneo mahu betulkan sekarang. Kita kena betulkan. Kita kena juga buat. Kalau tak sekarang bila lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Adenan Satem dah buat dah. Jeffrey Kitingan dah buat dah. Mereka nak kembalikan status “Negara” kepada Sabah dan Sarawak.

Kalau awak adalah anak jati Sabah atau Sarawak sepatutnya awak turut serta perjuangkan perkara ini. Status penting. Kalau awak nak Sabah dan Sarawak jadi maju, desak supaya status “Negara” dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak. Status penting. Status perempuan simpanan tidak sama dengan status isteri yang sah. Kalau awak rasa status tak penting, semoga awak bahagia sebagai perempuan simpanan Malaya selama-lamanya.

Siapa bilang? Haji Julaihi Haji Suut yang bilang.

Malaysia Boleh Terburai


Bagaimana boleh Perjanjian Malaysia 1963 tidak pun di sebut di dalam Perlembagaan Malaysia – cuba cari, TIADA !!!!

Jadi bagaimana Perlembagaan ini boleh di panggil Perlembagaan Malaysia?

Mengikut Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia menyebut “Persekutuan” dinamai Malaysia dalam Bahasa Ingeriss dan dalam Bahasa Malaysia (Melayu).

Dinamai saja – ertinya tukar nama saja supaya dapat nama glamor “Malaysia” – Jadi siapa sebenarnya yang bernama “Malaysia” ini? Sudah tentu bukan si Beda.

Sebenarnya “Malaysia” ini adalah Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini di tafsirkan didalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia sebagai “Persekutuan”.

Kenapa boleh jadi begini? Mana dia Perjanjian Malaysia 1963 di dalam Perlembagaan Malaysia? Sabah dan Sarawak tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Sabah dan Sarawak hanya tandatangani Perjanjian Malaysia 1963.

Jawapannya kita harus berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan !!!

Disebabkan pada saat akhir sebelum Malaysia dibentuk, Negeri Kelantan mencabar Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di mahkamah dengan tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu “tiada kuasa” dan “tidak boleh” membentuk Malaysia tanpa persetujuan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Hasilnya untuk Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu “berkuasa” dan “boleh” membentuk Malaysia – “Persekutuan” dengan hanya dinamai “Malaysia" dan Persekutuan masih ditafsirkan sebagai Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Hanya dengan Perjanjian 1957 ini saja yang boleh mengikat 11 Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa ikatan Perjanjian 1957 ini setiap Negeri boleh berpisah daripada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Timbul persoalan penting – Apa yang mengikat Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Tanah Melayu oleh kerana Perjanjian Malaysia 1963 TIADA didalam Perlembagaan Malaysia?

Jawapan ringkas – Pada masa ini Sabah dan Sarawak tiada ikatan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini bererti Sabah dan Sarawak di ikat atas penipuan Persekutuan Tanah Melayu yang bertopengkan NAMA Malaysia.

Kecuali Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia.

Sekiranya Perjanjian Malaysia dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia, yang mana satu daripada Perjanjian ini yang mendapat keutamaan?

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957; dan Perjanjian Malaysia 1963.

Ini membuat Kerajaan Persekutuan Tanahh Melayu PENING Kepala. Mana saja di pilih Malaysia Boleh Terburai …….

Rakyat Sabah menunggu jawapan ……

Jangan Buyuk Sabah ……bah !!!!

Kuasa Berpisah DiTangan Sabah


Persoalan ADA kah SABAH mempunyai KUASA BERPISAH?

Untuk menjawapnya kita lihat Singapura pada tahun 1965 – bagaimana Singapore boleh keluar daripada Malaysia pada 7 August 1965 sebelum Parlimen Malaysia meluluskan atau “Tendang” Singapore keluar pada tahun 9 August 1965 dan tarikh ini menjadi “National Day” Singapura.

Ini Perjanjian mereka.

Alasan utama Singapura ia lah, Singapura tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Singapura hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 – oleh yang demikian tidak betul Singapura di masukkan sebagai “Negeri Negeri Persekutuan” dalam Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan Kedudukan Singapura tidak betul di dalam Perlembagaan Persekutuan – mereka Keluar.

Singapura menandatangani Perjanjian keluar daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965 dua hari sebelum perkara ini di bentangkan di Parlimen Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan pada 21 September 1965 Singapura di terima sebagai ahli Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation).

Sabah dan Sarawak tiada pun di bawa berunding. Mengikut Artikel 76 Perlembagaan Malaysia sendiri Kuala Lumpur tidak boleh mengambil tindakan seperti ini bagi pihak Sabah dan Sarawak – TANPA Rundingan.

Jadi sekarang kita soal:

Kalau Singapura boleh keluar sebelum mendapat kelulusan Parlimen Malaysia – Kenap Sabah perlu mendapat kelulusan Parlimen Malaysia KALAU mahu KELUAR? Sama seperti Singapura, Sabah juga tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – kenapa Sabah di masukkan sebagai salah satu “Negeri-Negeri Persekutuan”?. Sabah hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 untuk MEMBENTUK Malaysia.

Ini satu pembohongan besar terhadap rakyat Sabah – siapa yang bertanggungjawap?

Jangan Buyuk Sabah ….. bah !!!!

Jawapan Asas Perlembagaan



Ada orang cakap begini... (Sila klik link dibawah untuk membaca artikel penafian mereka)


Kami jawap begini ……

Kita harus menerima hakikat bahawa Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah di bentuk melalui Perjanjian Malaysia 1963, ini pula di saksikan oleh Negara United Kingdom – ini di buat pada 9 July 1963.

Namun apabila rang undang-undang Malaysia di luluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya, mereka tidak menukar tafsiran “Persekutuan” didalam rang undang – undang tersebut. Perkataan “Persekutuan” mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia bermaksud “Persekutuan yang di bentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957”. Ini bererti mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang Sabah, Sarawak dan Singapura di masukkan sebagai “Negeri-Negeri Persekutuan”.

Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965 oleh kerana Singapura tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Singapura hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963. Seperti mana Singapura – Sabah dan Sarawak juga tidak pernah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – mengapa Sabah dan Sarawak di masukkan sebagai sebuah daripada negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu??

Kita tidak cuba untuk mengelirukan para pembaca oleh kerana para pembaca boleh melihat sendiri buktinya dalam Perlembagaan Malaysia seperti berikut:

Perkara 1(1) Persekutuan hendaklah dikenali , dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dengan nama Malaysia.

Perkara 1(2) Negeri-Negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah , Kelantan , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang , Penang , Perak , Perlis , Sabah Sarawak , Selangor dan Terengganu.

Namun dalam Perkara 160 tafsiran Perlembagaan Malaysia mentafsirkan “Persekutuan” sebagai berikut:

Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di meterai pada tahun 1957 sementara Perjanjian Malaysia di tandatangani pada tahun 1963 – dimana kekeliruan ini sekiranya ada?

Seperti dalam Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia hanya nama Malaysia saja di ganti dan bukannya menggunakan nama Persekutuan Malaysia seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini bermakna Persekutuan Tanah Melayu menggunakan nama Malaysia sebagai topeng, namun pada zahirnya ia masih lagi Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk pada tahun 1957.

Ini satu penipuan besar yang telah berlarutan selama 51 tahun sejak tahun 1963 lagi. Seperkara lagi tiada terdapat perkataan Perjanjian Malaysia 1963 terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Jadi kenapa ada juga orang di Sabah yang masih mahu menegakkan benang yang basah?

Jangan Buyuk Sabah ….. bah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...