Saturday 22 November 2014

Blog SSKM akan/telah disekat???

Pihak SSKM-SSU(UK) telah menerima aduan daripada Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak bahawa mereka tidak dapat akses atau mengunjungi blog rasmi SSKM-SSU(UK). Ini disahkan lagi apabila satu email telah diterima untuk memaklumkan bahawa kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia telah mengeluarkan arahan kepada pihak Internet Service Provider (ISP) untuk menyekat link blog SSKM-SSU(UK) agar orang awam tidak dapat diakses oleh orang awam

Walau bagaimanapun, masih ramai yang dapat akses link blog SSKM-SSU(UK). Perkara ini memang sudah dalam jangkaan pihak SSKM-SSU(UK). Jikalau blog ini SSKM-SSU(UK) tidak dapat diakses lagi secara menyeluruh di malaya/malaysia, beberapa strategi akan dilaksanakan agar segala informasi pihak SSKM-SSU(UK) akan dapat sampai terus kepada rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Sekarang anda faham sudah bagaimana kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia berusaha untuk terus memperbodohkan rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak agar mereka tidak mengetahui kebenaran dengan pelbagai penipuan rasmi siang dan malam?

Walau bagaimanapun, perjuangan ini akan bertambah menarik dengan gelagat mereka ini... Sesungguhnya, tindakan dan perlakuan kerajaan ini semuanya akan tercatat dalam buku sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak...

Ini adalah ISP daripada luar negara
Kepada sesiapa yang berkeinginan mencadangkan cara untuk mengatasi masalah ini, anda amatlah dialu-alukan untuk menghubungi pihak kami melalui email ini sskmsabahsarawak@gmail.com.

Berikut adalah senarai Internet Service Provider (ISP) yang terdapat di malaya/malaysia;
  1. Telekom Malaysia (TM)
  2. Jaring
  3. Time
  4. Redtone
  5. P1 Wimax
  6. Metrofon
  7. Maxis
  8. Celcom
  9. Digi
  10. Umobile
  11. Amax
  12. iZZi
  13. Extreme Broadband
  14. V-telecom
  15. Penangfon
  16. VDSL
Satu arahan daripada kerajaan malaya/malaysia kepada ISP ini adalah untuk menyekat akses ke blog SSKM-SSU(UK). Walau bagaimanapun, pihak SSKM-SSU(UK) akan berusaha untuk menangani perkara ini. Setiap permasalahan, ada jalannya...

Setakat ini, pihak SSKM-SSU(UK) sedang mengenal pasti ISP manakah yang telah menyekat link blog ini. Perkara ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. Jikalau sudah dikenal pasti, kempen untuk memboikot mereka akan dilakukan.

Harap maklum.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...