Thursday 13 November 2014

Batu Kemerdekaan...

Apabila perjuangan SSKM ini diangkat, tidak pernah pun ia dikatakan laluan dan perjuangannya itu mudah sebab kita sedar bahawa ia sesuatu yang amat berat untuk digerakkan.

Umpama sebuah batu yang besar. Untuk menggerakkannya, ia memerlukan tenaga dan akal yang bijak untuk melakukannya. Kini, batu besar tersebut sudah bergerak selama 4 tahun dan bakal untuk memasuki ke-5 tahun pada 2015. 

Ramai orang dikalangan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak berusaha untuk menghentikan batu ini sehinggakan terdapat khidmat secara langsung oleh orang luar iaitu pemimpin malaya sendiri telah mengupah orang Sabah dan orang Sarawak sendiri untuk menghentikan batu ini.

Batu besar ini telah menghancurkan belukar, benteng serta meluruskan jalan yang bengkang-bengkok dengan laluan pintasnya iaitu "jalan lurus" agar terus sampai ke destinasinya.

Apabila dilihat kelancaran batu ini, ramai pihak sedang mereka cipta sebab-sebab "bodoh" agar batu ini dihentikan serta merta. "Mereka-mereka" ini adalah golongan yang telah mendapat habuan dan janji-janji manis daripada pihak-pihak tertentu. Tidak kurang juga mereka yang belum terbuka fikiran mereka dan masih berfikir seperti tahun 1960an.

Persoalannya ialah... Adakah anda antara orang yang akan membantu batu ini untuk terus bergerak sehingga ke destinasinya atau menghentikannya?

Batu ini kita panggil Batu Kemerdekaan...

Jikalau mesej ini jelas, sebarkan...
Jikalau tidak, bincangkan...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...