Rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan gentar pada ancaman tangkapan demi perjuangan mendapatkan hak mereka, kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan.
“Saya tidak berhasrat bersedia apa-apa dan saya hanya berdoa. Sebarang tangkapan baik untuk perjuangan Sabah dan Sarawak.
“Ia akan menjadi bertambah kuat dan akhirnya membawa ke arah pemisahan negeri-negeri Borneo,” kata Jeffrey sebagai reaksi ancaman terhadapnya selepas didakwa sebagai penyokong pemisahan.

“Jika asas untuk pembentukan Malaysia tidak dihormati, Sabah dan Sarawak mempunyai hak daripada segi undang-undang untuk tidak terus bersama Malaysia,” katanya.
0 comments :
Post a Comment