Saturday, 13 September 2014

SABAH HAK KITA ANAK NEGARA SABAH... SEGALA SUMBER MILIK KITA SEMUANYA...

ALLAH telah tentukan di sinilah kita lahir, di sini kita dibesarkan dan di sinilah juga kita mati dan di semadikan dan tiada lagi bumi lain kecuali nasib dan mahunya kita di lontar ke sungai gangga bila tanah semuanya bukan milik kita lagi.

Di sana sini ada saja tipu, rampok, ugut dan mencuri kesan hidup susah yang sama kita rasai kesan gaji tidak memadai disbanding dengan harga barang yang meningkat harga disamping di sana sini ada saja muka-muka asing yang pandangan satu macam dan kita bak hidup dalam penjara yang siap bererti tidur malam tak lena dan makan pula tak kenyang.

Hidup semacam apa ini?

Yang kita mahu bukanlah kaya raya macam perampok, penipu kroni dan saudara mara pemimpin atasan yang jelas katanya seperti malaikat tetapi taktiknya menipu rakyat tika dimusim pilihan raya mereka dating dengan janji-janji manis sedang janji lama tidak ditunai dengan beribu macam alasan.

Memang pemimpin kita bijak bercakap dan bijak membuli orang kampung yang dikasih zink, tangki biru dan sedikit wang terus menjabat tangan dan ucap terima kasih berjuta tanpa ia tahu itu zink, tangki dan wang sebenarnya memang hak mereka kesan hasil Sabah dan tanpa mereka tahu berjuta-juta masuk ke poket mereka kesan balak, hutan dan segala macam di seludup ke kantung.

Apa saja yang kita lihat di Sabah ini dan anak-anak berbodong keluar university dengan ijajah yang kadang-kadang tidak mendidik mereka jadi bijak, malah siap hanya akur dan tunduk kepada yang membuli dan memang begitulah setting otak mereka dan kesannya university kita di Malaysia tersorot jauh banding university luar negara sebab mahasiswa kita hanya ditunda kala berjalan dan bukan diajar untuk membedah sesuatu persoalan.

Lihatlah kesan kecelakaan dan pencerobohan di Lahad Datu, saudara-saudara kita dari Negara cina menurun 80% hadir ke Negara kita dan kita kehilangan pendapatan, bidang perhotelan hidup segan mati tak mahu.

Baik sawit dan getah harga menurun jatuh ke lantai sebab cina sudah beralih pandang membeli di Negara lain dan di Malaysia banyak simpanan dan atasan pula kuasai pasaran, maka yang sudah orang kampong dan semakin susah bila harga barang berlompatan harganya dan nanti GST hadir lagi mencekek leher dan jangan hairan kita punya ramai yang stress dan gila.

Musa Aman, apa saja yang kau lakukan dan kenapa Sabah yang kaya sejak di bawah kepimpinanmu mendapat anugerah termiskin dan anak-anak Sabah berpuluh ribu mungkin ratusan ribu berlarian ke semananjung Malaysia untuk cari makan kesan di Sabah pengangguran sekitar 50,000 orang.

Kalau tak bijak memimpin Sabah dan yang bersuara asyik diugut tangkap, maka terbaik kamu letak jawatan sahaja dan kami sabahan memang terluka dan tentunya kamu tahu Musa Aman luka di tangan nampak darah dan luka di hati apa kamu tahu?

Saya menulis bukan menentang kerajaan tetapi mahu kamu sedar akan keselahan kamu dan jangan terlalu korupsi dan menipu rakyat sabahan dan ini Sabah milik bersama dan kami berhak berkata dalam Negara yang kononnya merdeka.

NURLIYANA

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...