1976-1985
Kekukuhan Sabah selama itu adalah dibawah pimpinan Harris Salleh. UMNO yang mempimpin Barisan Nasional telah berpuashati dengan wujudnya hubungan antara Sabah dan KL. Haris telah bersedia untuk mengekalkan hubungan itu asalkan jawatan beliau terjamin.
Hubungan secara peribadi ganjaran kepada hubungan erat, Berjaya telah mendapat sokongan kewangan serta perlindungan politik daripada Kuala Lumpur. Pada pilihanraya 1981, hampir kesemua barisan pembangkang Sabah yang lebih cenderung kepada Sabah (Pro-Sabah) telah dikalahkan. Kerusi Parlimen di Sabah telah dimenangi oleh Barisan Nasional.
Setelah Berjaya ditumpaskan, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO telah jelas kelihatan untuk memberi sokongan kepada Berjaya-USNO untuk menghancurkan Kerajaan PBS. Berbagai-bagai taktik serta sumbangan pemimpin-pemimpin KL kepada parti-parti pembangkang di Sabah untuk melemahkan Kerajaan PBS.
"Formula Sabah" yang dirangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk berkongsi kuasa di antara PBS, USNO dan Berjaya adalah sebagai syarat KL untuk pengiktirafan pemerintahan PBS yang sah. Ianya juga kelihatan sebagai taktik untuk melemahkan kubu kuat PBS dan seterusnya menggunakan kekuasaan "Pecah dan Perintah" (Divide and Rule) untuk kebaikan KL. Tetapi Formula tersebut telah ditolak oleh PBS.
UMNO telah bercadang untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah pada penghujung tahun 1986 dan awal 1987 apabila disedari bahawa USNO bersendirian tidak akan dapat memperolehi kuasa serta menghidupkan semula dominasi politik Islam di Sabah. Walau bagaimanapun, langkash tersebut adalah sebagai percubaan dan telah dihentikan sebab masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh UMNO serta prosedur pentadbiran, krisis dalaman UMNO dan sebagainya.
Di bawah pentadbiran Pairin, PBS sering menyuarakan aspirasi rakyat tempatan berdasarkan kepada manifesto pilihanraya yang lebih mementingkan Sabah. Cara itu adalah bertentangan dengan kerajaan Harris Salleh. Pemimpin -pemimpin UMNO kurang senang hati dengan sikap Kerajaan negeri yang selalu mengamalkan kemerdekaan sendiri di mana akan mengugat kepentingan negara.
Setelah mengetahui kekuatan PBS adalah sokongan kuat daripada rakyat, maka berbagai-bagai taktik telah digunakan untuk mencemarkan PBS serta pemimpin-pemimpinnya; pemimpin-pemimpin PBS adalah rasuah, PBS anti-Islam dan anti Persekutuan, PBS hanya mementingkan orang-orang Kadazan/Dusun. Segala rayuan PBS kepada Kerajaan Persekutuan telah diketepikan. Manakala USNO sebagai pembangkang telah diberi layanan untuk memalukan Kerajaan PBS.
UMNO terpaksa mencari jalan untuk mengawal politik Sabah. Dengan kemenangan PBS, peluang itu tipis. Walau bagaimanapun, KL terus menganiaya/mengancam pemimpin-pemimpin PBS dengan menggunakan ACA dan IRD dengan harapan tindakan tersebut dapat melemahkan PBS dan PBS akan tunduk kepada KL.
Tepat pada waktu itu, PBS telah keluar daripada BN (komponen Barisan Nasional) semasa pilihanraya parlimen, Oktober 1990. Keputusan untuk keluar BN tidaklah dilakukan tanpa pandangan serta pertimbangan yang sewajarnya. Iannya telah dilakukan berasaskan kepada aspirasi rakyat Sabah. Dengan serta-merta, UMNO telah mengumumkan tentang cadangannya untuk bertapak di Sabah. Cadangan itu telah dibuat dengan tujuan untuk berhadapan secara langsung dengan PBS dan menggunakan segala kuasa yang ada tanpa melibatkan pihak parti ketiga.
Peristiwa Selepas PBS Keluar Dari BN
Keputusan PBS untuk keluar daripada BN telah menambahkan lagi kemarahan Kerajaan Persekutuan dengan merancang lebih banyak penganiayaan kepada Kerajaan PBS dan pemimpin-pemimpinnya.
Cubaan untuk melemahkan Kerajaan PBS telah menimbulkan beberapa peristiwa seperti berikut:
Sebagai percubaan untuk mengkhianati imej Kerajaan negeri dikalangan umum, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bahawa ianya akan mengkaji tentang penyaluran peruntukan pembangunan kepada Negeri Sabah. Ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri Sabah telah diterajui oleh parti pembangkang. Sikap serta tindakan Kerajaan Persekutuan telah jelas kelihatan bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan.
Tindakan tersebut telah melibatkan kerajaan Persekutuan secara langsung untuk campurtangan dalam hak istimewa Kerajaan Negeri seperti Perhutanan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) salah satu syarat Sabah untuk menubuhkan Malaysia.
Untuk menyeksa Kerajaan Negeri, Timbalan Perdanan Menteri, Encik Ghafar Bapa telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menjadi penjamin kepada Negeri Sabah untuk mendapatkan pinjaman dari Luar negeri.
0 comments :
Post a Comment