Monday 15 September 2014

"Pimpinan Di Halang Masuk Sarawak: PR Akan Hapus Perjanjian 20"

Keputusan kerajaan Sarawak melarang beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat untuk memasuki negeri tersebut bagi membantu kempen dalam PRK Balingian, adalah satu tindakan paling tidak bermaruah yang dilakukan Ketua Menteri Sarawak yang baru, Adenan Satim.
Ingatkan bila Taib Mahmud sudah mengundurkan diri, perkara pengecut seumpama ini tidak akan berulang, rupa-rupanya ia masih diamalkan, malah lebih teruk lagi kerana dalam kes beberapa hari lepas, ada di antara pimpinan ini yang dibenarkan masuk, beberapa hari kemudian, tidak dibenarkan pula.

Undang-undang Imigresen yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk membenar atau melarang sesiapa dari memasuki Sarawak (dan Sabah), adalah satu daripada 20 perkara dalam perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia lebih 50 tahun dulu.

Ia dikenali sebagai perjanjian 20.

Justeru, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menghapuskan perjanjian 20 ini bila kita mengambil alih kerajaan Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan pada 2016.

Pakatan Rakyat yakin rakyat Sarawak akan bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan terus perjanjian 20 ini kerana selain sudah ketinggalan zaman, ia juga tidak mencerminkan Sarawak sebagai sebahagian dari persekutuan Malaysia.

Walaupun Pakatan Rakyat faham Sarawak adalah sebuah wilayah autonami (ia bukan sebahagian dari Semenanjung yang dimonopoli kerajaan yang berasal dari kesultanan Melayu), tapi bagaimana autonomi sekalipun, rakyat Malaysia tidak seharusnya disekat dari memasuki wilayah mereka sendiri!!

Jika nak diteruskan juga undang-undang tidak masuk akal itu, maka Semenanjung juga perlu mempunyai hak yang sama – untuk membenarkan atau tidak rakyat dari Sabah dan Sarawak memasuki mana-mana negeri.

Barulah adil.  Tapi kalau itu berlaku, apakah yang akan jadi pada Malaysia ini, sudah tentu haru biru.  Dalam masa yang sama kita bercakap tentang Malaysia sebagai sebuah persekutuan, ada rakyat yang tidak mempunyai hak memasuki mana-mana wilayah secara bebas – seperti mana sepatutnya dalam sebuah negara.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...