Kesultanan Suluk TIDAK BERHAK KE ATAS SABAH kerana Kesultanan Brunei tidak pernah menyerahkan wilayah tersebut kepada Suluk dalam sejarah.
Dokumen-dokumen ini berkaitan dengan pemberian beberapa jajahan Brunei kepada satu pihak Barat oleh Sultan dan kerajaan Brunei. Pihak Barat ini yang digelar The Overback Dent Syndicate atau Sendikit Syarikat Overback. Sultan Brunei telah memajakkan wilayah-wilayah atau jajahan yang disebut 'Sabah' sekarang ini kepada sendikit ini. Pada masa itu Kerajaan Brunei mempunyai kedaulatan ke atas sebahagian besar kawasan Sabah. Kawasan yang diserahkan adalah dari barat iaitu Sungai Sulaman ke kawasan timur iaitu Sungai Sibuku. Pada tahun 1877 sendikit ini telah perolehi hak ke atas kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Kesultanan Brunei di Sabah.
Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck. Kuasa mentadbir Timur Sabah t berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari. Duit pajakan wilayah Sabah yg dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.
Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.
Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majority rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei.
Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei dilampirkan (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997).
Bahan bacaan lain mengenai bagaimana Brunei kehilangan wilayah Sabah: Brunei Times Sept 21 2008
Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19. Kuasa penjanjian yang lebih merupakan perjanjian keamanan tersebut dibuat oleh Baron von Overbeck pada 1877. Baron menyedari pihak Suluk juga menuntut sebahagian wilayah Sabah, maka beliau (Baron Von Beck) juga membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.
Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.
Sumber
Brunei Times
Facebook Old Brunei Banknotes
0 comments :
Post a Comment