Sunday 14 September 2014

Sekarang anda faham mengapa kerajaan persekutuan cemas?

Untuk renungan dan kefahaman anda semua... Mana yang lebih berkesan dan memberikan impak yang besar? Bersuara di dalam negara atau bersuara di luar negara???

Doris Jones sekarag berada di Pusat Pentadbiran Negara-negara Komanwel. Itulah sebab malaysia takut sama Doris Jones atas sebab London memegang segala perjanjian Malaysia. Rumput tidak akan bergoyang jikalau tidak ditiup angin... 

Sememangnya pungutan suara ini sendiri dinasihatkan oleh pegawai Komanwel, Queen Councel Anthony Lester bahawanya Perjanjian Malaysia itu sudah terbatal atas sebab Negara Brunei tidak menandatangani dokuman perjanjian malaysia setelah 11 jam disediakan dan dikuatkan lagi dengan tindakan pemisahan Negara Singapura daripada Persekutuan.

Dengan itu, beliau menasihati untuk membuat punggutan suara sekurang-kurangnya 300,000 dan bawakannya kepada kerajaan persekutuan terlebih dahulu untuk membuat penyemakan perjanjian malaysia itu. Jikalau tiada tindakan, UN akan masuk campur kerana perjanjian malaysia itu sendiri dibawah tanggungjawab UN.

Apabila mengimbas kembali usaha untuk membuat penyemakan semula perjanjian malaysia itu, YB.Darell Leiking sudah bawakan usul tersebut ke Parlimen tetapi ditolak. YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan juga sudah membawa usul tersebut ke DUN Sabah tapi ditolak.

Pemimpin Negara Sarawak pula memerhati dan membuat persedian untuk bertindak bila-bila masa sebaik sahaja masanya tiba.

Maka, pungutan suara melalui Petition Online ini akan terus kepada United Nation (UN) untuk mengkaji semula perlaksanaan janji-janji yang telah dipersetujui pada 9 Julai 1963. Jikalau memang benar tidak dipenuhi, Referendum akan dilakukan untuk memutuskan sama ada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak benar-benar tidak mahu lagi bersekutu dengan malaya ataupun terus kekal.

Negara Sarawak setakat ini tidak mempunyai masalah kerana lebih 80% mahu berpisah.

Cerita di Sabah pula berlainan kerana ada umno. Mereka kini sedang giat dan berusaha siang malam memberikan kad pengenalan kepada warga asing agar kekuatan politik mereka kukuh dengan sokongan projek ic ini. Tetapi itu hanya kuat di pantai timur. Pantai Barat Negara Sabah masih perlu banyak dilakukan.

Atas sebab itulah mengapa Generasi Muda Negara Sabah mesti bersatu untuk menyingkirkan parti-parti malaya. Ini kerana jikalau pr juga yang memerintah, mereka mahu tidak mahu terpaksa menyambung kerja umno demi kelangsungan politik mereka.

Berlainan pula dengan parti tempatan. Ini kerana sistem kerajaan akan dirombak dan kad pengenalan Negara Sabah akan dibuat semula untuk mengasingkan Rakyat Negara Sabah dan malaysia. Ini bermaksud, rakyat Negara Sabah boleh memiliki hak kerakyatan malaysia tetapi tidak semestinya orang malaysia boleh menjadi rakyat Negara Sabah.

Dengan itu, baru kita mampu membuat pilihan raya yang adil yang mana hanya rakyat Negara Sabah sahaja yang boleh mengundi untuk menentukan masa depan negara Sabah.

Sekarang anda faham mengapa kerajaan persekutuan cemas?

3 comments :

Doris, I order for make sure that genuine sabahan vote for the referendum. SSKM should put forward a petition to exclude those immigrants having recently given IC. These people do not have the right to vote. In addition, SSKM should undertake an another step forward to reach out all local political parties to influence all people to vote out including those new immigrants. I think the sentiment of local parties are moving this direction but they fear for prosecution from the government. Larry

Congratulation Doris Jhone u.re hero for sabahan people.

We fully support DoresJones, kami warga muda sabah akan berjuang bersama .. Sskm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...