Saya dilahirkan di Sabah, Borneo Utara. Saya pernah bekerja untuk seorang akauntan dan juga untuk Hakim Australia. Hidup di Borneo ini lebih sengsara kerana penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Sebagai respon, saya mula mengambil peranan sebagai salah seorang peneraju kumpulan Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) bagi tujuan untuk menjalankan kempen kesedaran dan pendidikan untuk penduduk Borneo Utara (Sabah dan Sarawak).
Selepas 3 tahun, saya dan rakan saya telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kumpulan SSKM dengan nama Kesatuan Sabah Sarawak (Sabah Sarawak Union-SSU) di UK, di bawah bidang Kuasa United Kingdom. Kempen kami telah berkembang dalam masa 4 tahun. Kesannya, kesedaran lebih jelas dikalangan generasi muda yang semakin meningkat di negara kita. Warga veteran sudah mulai mengganggu dan kami berharap lebih ramai akan menyedari kebenaran tentang status Borneo Utara, (Negara Sabah dan Negara Sarawak) yang telah disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun.
Saya, secara peribadi, tidak bersetuju dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) dan Akta Hasutan (Malaysia) yang melanggari Hak Asasi Manusia. Saya percaya ramai rakyat di Borneo juga bersetuju dengan saya.
Dalam reaksi kepada kempen kesedaran ini terhadap ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk meletakkan nama saya ke dalam senarai mereka di bawah (melakukan suatu kesalahan) Akta Hasutan. Saya juga kecewa terhadap Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah kerana telah mengeluarkan satu kenyataan palsu bahawa pasukannya telah berusaha untuk menghubungi saya untuk tujuan siasatan kerana yang sebenarnya, saya langsung tidak mendapat sebarang panggilan daripada pihak Polis Sabah melalui apa-apa cara sekalipun.
Dalam hal ini, saya ingin menegaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah, Datuk Jallaluddin atau wakil-wakil Kerajaan Malaysia, seperti Pejabat Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan juga Perdana Menteri, untuk mengemukakan bukti dan saya akan berdiri di mahkamah United Kingdom untuk mencabar beliau dan tuduhan Kerajaan Malaysia. Kita tidak perlu takut kepada kebenaran dan KEADILAN TIDAK PERLU DINAFIKAN.
Doris Jones
Kesatuan Sarawak Sabah (UK)
Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Facebook Kumpulan
15 comments :
Teruskan usaha...kami hanya dapat menyokong..sangat berharap agar kami dapat membantu dengan lebih lagi
May God Blessings Be With You All The Way Thru Success.
Tiada siapa yg dpt menghalang kita drpd berkata benar..kami sentiasa menyokong anda..perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama...
Kebenaran adalah kekuatan perjuangan ini....
Kebenaran kita mesti tegakkan. Kita generasi baru menyokong perjuangan ini.
Teruskan usaha..sudah tiba masanya...
Bagi pendapat saya secara peribadi perkara ini harus kerajaan persakatuaan kena jawab bukannya menuduh secara membabi buta. sejarah ada, bukti ada oleh itu kerajaan kena tengani ini secara professional. Jika tidak rakyat Sabah dan Serawak tidak akan duduk diam. dan jika betul atau sebaliknya dunia tidak akan berdiam diri terutama penjajah Sabah dan Serawak. 'selagi kerajaan persaktuan tidak menjelaskannya dengan adil dan saksama.Jika tidak perkara ini tidak akan selasai membuatkan rakyat menjadi dingin dan benci dengan kerajaan yang ada sekarang ini. Kes ini mesti di selesaikan di bawah pemerhatian dan pemantauan pihak ketiga untuk ketelusan dan keselamatan terutama penjajah British.Sebab dari merekalah semua ini bermula.
wakeup all sabahan... now it the time we stand together and call our rights... for our beloved NEGARA SABAH
Keep up the good works,together we unite..May God bless all SS peoples
Betul..saya setuju sangat dengan apa yang anda fikirkan..saya rasa kerajaan tak perlu menuduh secara membabi buta..iya..sejarah ada dan sejarah itu lah bukti dan kebenaran..kerajaan perlu menjawab isu ini secara profesional..kalau mereka tak boleh jawab dan menjelaskan apa yg sepatutnya..maka kerjaan gagal dalam tuduhan dan usaha mereka yg terus menghimpit Negara sabah dan negara Sarawak..ingat status kita adalah NEGARA dan bukan NEGERI..siapa yg ubah menjadi NEGERI.???!
Saya sangat terujah dengan tampilnya sskm atau atas tadbiran Doris Jones.. Saya gembira melihat blog ini dimana menyatakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia SSKM. Inilah Rakyat Sabah dan Sarawak nanti2kan bagi mereka yang sedar penindasan malaya kepada dua Negara ini , iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya sangat menyokong saranan sskm Sabah sarawak keluar malaysia demi membila nasib rakyat sabah sarawak dari kemiskinan.. Apa yang saya lihat sekarang Sabah dan sarawak mempunyai alasan yang kukuh untuk menidakkan persekutauan dengan malaya.. Seruan saya kepada Rakyat Sabah Sarawak Bangkitlah dan bangun dari cengkaman malaya yang 51 tahun menjajah Sabah Sarawak.Sebarkan sejarah Sabah sarawak biar semua Dunia tahu. Saya sokong sskm dan Doris Jones.. Semoga berjaya ..
Buktikan dengan ekonomi kalau kita mahu tunjuk pada dunia, walau kita keluar dari Malaysia, kita lebih untung dan maju dari hidup di bawah Kerajaan Malaysia....
Good luck...may god bless..��☺☺
Sa adalah org semenanjung yg tinggal di bumi bertuah sabah..... Sa berasakan adalah wajar bagi kalian utk memperjuangkan kemerdekaan sabah.... Setelah 57 tahun merdeka.... Sabah terutamanya masih ketinggalan dari segi pembanggunan..... Tinguk sajalah keadaan jalan dari kk ke kudat itu..... Sa diberi tahu, projek berkenaan telah memakan masa bertahun...... Tetapi tidak juga berjaya disiapkan.....
Ayuh rakan2 sabahan! Bangun! Demi tanah air yg tercinta......
Ash Ab Ghami... Pihak kami berterima kasih kepada anda kerana memahami keadaan yang sebenar. Alangkah baiknya jikalau semua orang mempunyai pemikiran seperti anda...
Hi5, Joint The Fights!!!
Post a Comment