Wednesday 14 January 2015

Persamaan dan Perbezaan Perjuangan...


Perbezaan yang perlu difahami dan direnungkan. Selepas itu, hak anda untuk menyokong.

PERSAMAAN 

Berjuang untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Golongan Nasionalis Kebangsaan Borneo.


PERBEZAAN

SSKM-SSU(UK): Menggunakan dokumen kolonial, Cobbold Commission, 18 & 20 Points, IGC Report, Malaysia Agreement 1963 dan Petisyen dalam menyampaikan perjuangan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak melalui NGO untuk menuntut Self-Determination (Kemerdekaan) sebenar daripada UN dan ICJ.

Zainnal dan MP Goviind berjuang melalui parti politik untuk memperbetulkan konsep persekutuan untuk terus kekal dalam persekutuan malaysia.

***Jika terdapat kesalahan mahupun kesilapan dalam perjuangan Zainnal dan MP Goviind, sila hubungi pihak SSKM-SSU(UK) untuk memperbetulkannya melalui email sskmsabahsarawak@gmail.com***

SSKM-SSU(UK)
Zainnal dan MP Goviind
Asas Perjuangan
Colonial Documents, Cobbold Commission Report, 18 & 20 Points Memorandum,
IGC Report, Malaysia Agreement 1963 dan Petisyen
Malaysia Agreement 1963
Objektif Perjuangan
1. Untuk mendidik rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang kebenaran di sebalik sejarah PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963, HAK Negara Sabah dan HAK Negara Sarawak MENGIKUT REFERENDUM 18/20 PERKARA.
2. Untuk meningkatkan kesedaran dan semangat Patriotisme dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak terhadap negara-negara mereka (Sabah dan Sarawak). Justeru, mencetuskan semangat nasionalisme terhadap negara sendiri yang telah lama berada dibawah penindasan dan manipulasi Kerajaan Tanah Melayu (malaya) dan juga pemimpin tempatan yang rosak.
3. Mengumpul 300,000 tandatangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak untuk dikemukakan ke United Kingdom of Great Britain dan Northen Ireland (UK) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah tidak lagi berminat untuk terus berada sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bersama dengan Malaya.
***kurang pasti***
Misi Perjuangan
Untuk mendapatkan Pengisytiharan Rasmi daripada The United Kingdom Great Britain dan Northen Ireland (UK) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa Negara Sabah (sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara) dan Negara Sarawak (dahulu dikenali sebagai Kingdom of Sarawak) sudah tidak lagi berminat untuk terus menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, dan seterusnya menjadi Negara yang benar-benar Merdeka dan Berdaulat di Asia Tenggara yang bakal dikenali dengan nama "Republik Negara Borneo Utara / Republic of North Borneo (Sabah)" dan "Republik Negara Sarawak".
Memperbetulkan konsep asal persekutuan malaysia dengan memaksa kerajaan persekutuan kini untuk menghormati perjanjian malaysia 1963.
***berdasarkan kefahaman terhadap rentak perjuangan mereka***
Visi
Untuk mengaktifkan semula status Kemerdekaan Negara Sabah dan Kemerdekaan Negara Sarawak yang telah diberikan oleh British sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dengan demikian, akan benar-benar dapat membangunkan negara-negara ini menjadi antara negara-negara yang maju di Asia Tenggara.
***kurang pasti***
Strategi Perjuangan
Menyebarkan kebenaran yang selama ini disembunyikan melalui pendedahan sejarah yang berfakta dengan sokongan dokumen-dokumen penting kolonial. Menggunakan Media Sosial sebagai Agen Penyebaran Utama. Selain itu, memungut petisyen untuk target 300,000 tandatangan bagi menyokong perjuangan.
Memberikan ceramah untuk menerangkan Perjanjian Malaysia 1963 dan menyebarkan info melalui melalui media sosial.
Jentera Perjuangan
NGO
Parti Politik
Persamaan
Demi kepentingan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Perbezaan
Berpegang kepada 5 asas perjuangan sebagai pendirian utama dengan sokongan petisyen.
Berpegang kepada 1 asas perjuangan sebagai pendirian utama.
Target
United Nation (UN) dan International Court of Justice (ICJ)
London
Kata Putus
Berpisah daripada persekutuan malaysia/malaya untuk menjadi Negara-Negara yang benar-benar Merdeka dan Berdaulat.
Kekal dalam persekutuan malaysia dan menjadi rakan kongsi yang sebenar dengan persekutuan tanah melayu.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...