Tuesday 23 December 2014

Sabah dan Sarawak Berstatus Negara


MALAYSIA 1963 adalah persekutuan 4 kerajaan – Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura. Singapura keluar persekutuan tahun 1965, tinggal Sabah, Sarawak dan Malaya dalam Malaysia: Sabah satu wilayah, Sarawak satu wilayah dan Malaya satu wilayah. Maka, sebetul-betulnya kata, sewaras-warasnya minda, sejitu-jitunya istilah, Sabah, Sarawak dan Malaya adalah Rakan Kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

Secara dasarnya MALAYSIA 1963 mengilhamkan Sabah dan Sarawak sebagai dua daripada tiga negara dalam Persekutuan Malaysia (Singapura tidak diambil kira sudah). Maksudnya di sini, tuan-tuan dan puan-puan, Sabah atau Sarawak bukan salah satu daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Negara-negara di Borneo ialah kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran Malaysia sama seperti Wales kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran United Kingdom dan France Guinea dalam pentadbiran Perancis.

Borneo masa tu tak kenal pun Kelantan atau Pahang, apatah lagi Langkawi.

Kedah, N9, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur adalah 12 negeri-negeri dalam Malaya.

Tawau, Sandakan, Sepitang, Kundasang, Kota Kinabalu dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sabah. Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas dan sebagainya adalah negeri-negeri dalam Sarawak.

Dalam ertikata lain, 12 negeri-negeri Malaya bergabung masih tak setanding Sabah dan Sarawak. Seharusnya, kerja-kerja pembangunan sosio-politik, ekonomi, dan infrastuktur di Sabah dan Sarawak mesti dibuat lebih pesat daripada mana-mana satu, dua, empat atau 12 negeri-negeri di Malaya bergabung.

Kalau Malaysia boleh upgrade-kan Negeri Perlis dari negeri-dunia-ketiga sehingga boleh jadi negeri-membangun dan sekarang negeri-maju, dunia Malaysia seharusnya boleh bangunkan Sabah atau Sarawak dengan usaha 12-kali-Perlis. Pasal Sabah atau Sarawak bukan negeri; ianya satu negara dalam Persekutuan Malaysia. Begitu maksud MALAYSIA 1963.

Paham dah korang?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah kepentingan-kepentigan Sabah dan Sarawak diperlekehkan setiap kali – kecuali masa pilihanraya Parlimen. Pembangunan di Malaysia, samada budaya pop atau politik nusantara, hanya berlangsung di sepanjang garisan tiga bangsa-bangsa di Malaya – Melayu, Cina dan India. Seolah-seolah dasar ekonomi baru tak pandang langsung rakyat Sabah dan Sarawak. Kalau ada pun, setakat tempias-tempias dasar pembangunan.

Seperti dakwaan mendiang Sim Kwang Yang, Sabah dan Sarawak sangat mundur dari segi pembangunan sosio-ekonomi dibandingkan Malaya; antara negeri paling miskin di Malaysia, terletak di kedudukan sedikit atas dari Kelantan.

Ini kerana Sabah atau Sarawak dibangunkan sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, bukannya sebagai sebuah negara dalam Persekutuan Malaysia. Di situ silapnya pentadbiran Malaya.

Dan itulah yang kita sebagai anak-anak Borneo mahu betulkan sekarang. Kita kena betulkan. Kita kena juga buat. Kalau tak sekarang bila lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Adenan Satem dah buat dah. Jeffrey Kitingan dah buat dah. Mereka nak kembalikan status “Negara” kepada Sabah dan Sarawak.

Ini perlu, supaya agihan kekayaan Persekutuan Malaysia dapat dilakukan dengan betul dan adil. Malaya dapat satu bahagian, Sabah dapat satu bahagian, dan Sarawak dapat satu bahagian. Dah namanya Rakan Kongsi jadi kita kena berkongsi sama rata lah — bahagi tiga.

Jangan lah bagikan bahagian Sabah dan Sarawak tu kepada daerah-daerah dalam Malaya seperti Perlis dan Pahang. Kalau nak bagi juga, ambil dari bahagian Malaya lah. Kan Perlis dan Pahang tu termasuk dalam Malaya.

Kerajaan persekutuan Malaysia, melalui Petronas, mengagih-agihkan kekayaan pembangunan kepada negeri-negeri di Malaysia, termasuk Labuan. Yang pelik nya tu, hampir semua pembangunan bertumpu di Malaya sahaja, siap ada Twin Towers lagi diaorang. Dah Malaya banyak sangat duit, diaorang senang-senang jer buat by-election di sana-sini. Itu duit Borneo tu diaorang guna.

Orang Malaya bukan tahu pun dari mana datangnya semua duit tu. Diaorang cuma tahu bedal jer. Lepas tu pandai pulak tunjuk lagak kat orang Sabah dan Sarawak. Malaya naik angkasa guna duit Borneo, diaorang tahu ke?

Semua kepincangan ini berlaku kerana Malaya sudah pecah amanah dalam mentadbir Persekutuan Malaysia. Pakcik ingatkan sekali lagi, ini berlaku kerana Sabah atau Sarawak dibangunkan sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, bukannya sebagai sebuah negara dalam Persekutuan Malaysia. Di situ silapnya pentadbiran Malaya.

Dan itulah yang kita sebagai anak-anak Borneo mahu betulkan sekarang. Kita kena betulkan. Kita kena juga buat. Kalau tak sekarang bila lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Adenan Satem dah buat dah. Jeffrey Kitingan dah buat dah. Mereka nak kembalikan status “Negara” kepada Sabah dan Sarawak.

Kalau awak adalah anak jati Sabah atau Sarawak sepatutnya awak turut serta perjuangkan perkara ini. Status penting. Kalau awak nak Sabah dan Sarawak jadi maju, desak supaya status “Negara” dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak. Status penting. Status perempuan simpanan tidak sama dengan status isteri yang sah. Kalau awak rasa status tak penting, semoga awak bahagia sebagai perempuan simpanan Malaya selama-lamanya.

Siapa bilang? Haji Julaihi Haji Suut yang bilang.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...