Thursday 4 December 2014

Kerajaan diminta jangan terlalu berkeras


Akta tersebut perlu dikuatkuasakan mengikut peruntukkannya untuk mengekalkan keharmonian bangsa dan agama di negara

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menggesa kerajaan tidak terlalu berkeras terhadap kumpulan yang mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.
Sebaliknya beliau mencadangkan agar kerajaan mendengar rungutan atau rasa ketidapuasan hati mereka daripada bertindak menggunakan undang-undang.

Katanya, Akta Hasutan 1948 yang dikekalkan dan dipertingkatkan perlu digunakan dengan bijak tanpa sebarang agenda politik.

Tambah beliau, akta tersebut perlu dikuatkuasakan mengikut peruntukkannya untuk mengekalkan keharmonian bangsa dan agama di negara.

“Saya telah bercakap di Parlimen tentang sebuah kumpulan kecil bernama ‘Sabah, Sarawak Keluar Malaysia’ (SSKM). Jangan ambil tindakan tegas dan serta merta terhadap mereka tanpa mengetahui sebab mereka bertindak sedemikian,” kata Ghapur.

Beliau menyatakan: “Kumpulan ini perlu dipanggil untuk menyuarakan masalah mereka supaya penyelesaian dapat dicari, ini adalah lebih baik daripada menangkap mereka.”

Beliau yang pernah meletakkan jawatan Timbalan Menteri pada 2008 mendakwa, kumpulan tersebut kemungkinan besar mempunyai masalah seperti beliau tetapi tidak mempunyai saluran untuk bersuara..

“Ini adalah sebab mengapa saya mencadangkan bahawa kumpulan ini diberi peluang untuk didengari dan berikan mereka saluran yang betul kerana ahli-ahli mereka terdiri daripada orang-orang yang berintelek,” kata Ghapur.

Beliau mengulas pengumuman oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan dengan mempamerkenalkan pindaan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...