Wednesday, 13 August 2014

Rakyat Sabah harus sedar

Ini membuktikan bahawa janji-janji kerajaan pusat untuk membangunkan luar bandar Sabah dengan kemudahan asas telah gagal.

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah harus sedar bahawa RM18 billion sumber minyak Sabah disalurkan kepada Putrajaya tetapi rakyat Sabah masih ketinggalan dalam keperluan paip air dan tandas siram.

Menurut Ketua STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menara kembar Petronas. monorel tidak mampu dibina tanpa sumbangan sumber minyak Sabah.

“Tetapi apa rakyat Sabah dapat setelah 50 tahun berada di dalam Malaysia sedangkan di Ranau sendiri masih tiada bekalan air paip dan tandas siram,” kata beliau mengulas kenyataan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Ghani Gilong yang menceritakan pengalaman orang Sabah yang pertama kali berada di Kuala Lumpur pada tahun 1962 menikmati air paip dan tandas siram.

Dr Jeffrey yang juga ADUN Bingkor mendakwa ini membuktikan bahawa janji-janji kerajaan pusat untuk membangunkan luar bandar Sabah dengan kemudahan asas telah gagal.

Beliau sedih penduduk Ranau ada yang sudah meninggal dunia menunggu kemudahan paip air dan tandas siram.

“Perkara ini berlaku kerana Sabah dianggap sebagai tanah jajahan dan bukannya equal partner. Sumber kekayaan Sabah dirompak untuk membiayai pembangunan yang berat sebelah di Semenanjung,” dakwanya lagi.

Beliau juga hairan sejak BN memerintah Sabah pada tahun 1994, Sabah telah menjadi negeri yang miskin sedabgkan pada tahun 1970an Sabah adalah negeri yang kedua terkaya selepas Selangor.


“Kenyataan bahawa Sabah adalah negeri paling miskin bukanlah satu tuduhan pembangkang tetapi fakta yang dikeluarkan oleh Bank Dunia selepas penyelidikan yang mendalam,” katanya lagi.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...