Tuesday 17 February 2015

Pemimpin-Pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak yang Menyokong Akta Hasutan Adalah PENGKHIANAT dan PENJAHANAM Bangsa Borneo!


Disini, pihak kami ingin membawa rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk bersama-sama mengenal pasti pemimpin-pemimpin manakah yang ingin menjadi pengkhianat bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak. 

Nama mereka pasti akan dikenang selamanya sebagai PENJAHANAM Bangsa kerana telah bersekongkol dengan malaya agar suara Kebenaran Bangsa Borneo didiamkan oleh akta Penjajah British yang sebenarnya hanya terguna pakai di malaya. Akta ini juga adalah akta yang dikecam oleh masyarakat antarabangsa.

Penggunaan Akta Hasutan adalah untuk kepentingan kelangsungan umno-bn dalam mendiamkan mana-mana pihak yang berpotensi untuk mengugat kedudukan malaya di Borneo melalui bn-umno.

Dengan itu, pihak SSKM-SSU(UK) telah menyediakan poster untuk anda semua download, print dan nilai sendiri dalam mengenal pasti siapakah Pengkhianat dan Penjahanam Bangsa Borneo di Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Selepas itu, anda putuskan dimana undi yang ingin anda berikan semasa pilihan raya nanti... Adakah masih orang yang sama (pengkhianat dan penjahanam) ataupun orang baru (Pemimpin Baru)?




Sila download poster diatas melalui link ini untuk mendapatkan imej yang lebih jelas dengan kualiti gambar yang tinggi.
Sila sebarkan gambar poster ini. Bersama-sama kita mengenali pengkhianat-pengkhianat dan Penjahanam-penjahanam Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Apa yang pihak kami lakukan adalah untuk menyebarkan kebenaran dan menuntut hak mutlak bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak dikembalikan semula namun mereka berusaha untuk mendiamkan dan membunuh kebenaran ini daripada terus berkumandang di udara. Ini kerana kebenaran ini PASTI akan melenyapkan segala usaha jahat mereka.

Jadi, dimanakah pendirian anda? Berjuang bersama-sama (Join The Fight) atau Menentang perjuangan ini (menjadi pengkhianat bangsa)?

Sebarkan... 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...