Tuesday 11 September 2012

Ada usaha untuk pisahkan Sarawak?

Perlu di ingatkan kepada semua warga Sarawak... Pembentukkan Malaysia ini adalah hasil daripada persetujuan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya yang bersetuju untuk membentuk sebuah Perikatan yang dinamai Persekutuan Malaysia dengan harapan bahawa negara-negara yang bersekutu ini mendapat manfaatnya daripada aspek pembangunan ekonomi, politik, kesihatan dan bermacam-macam lagi. 

Tapi bila dilihat sekarang pula, bukan kemajuan yang dicapai tetapi kemunduran, penindasan, dan ketidakadilan dalam Persekutuan ini. Tambahan lagi, dengan keluarnya Singapura daripada Persekutuan ini, ia secara langsung telah membatalkan perjanjian Malaysia... Adalah menjadi hak rakyat Sarawak sama ada ingin meneruskan untuk bersama dengan Malaya dalam Persekutuan Malaysia ini atau tidak. Itu adalah HAK MUTLAK BANGSA SARAWAK YANG MERDEKA DAN BERDAULAT! 

Melalui tinjaun yang dijalankan tahun lepas, lebih kurang 80% rakyat Sarawak TIDAK MAHU BERSAMA DENGAN MALAYA LAGI. Ini membawa maksud, rakyat Sarawak mahu BERPISAH "Unfederated" daripada Persekutuan Malaysia. Maka, rakyat Sarawak, bangkitlah dan berjuanglah untuk bangsa dan Negara anda (Sarawak) untuk masa depan cucu dan cicit anda!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...