Di sabah khususnya,apa yang kita rakyat dan semua kumpulan-kumpulan social, bukan badan kerajaan (NGO) mahukan ialah perlu adanya tampuk kepimpinan yang lebih bijak dan boleh mentadbir serta mengurus rakyat Sabah dengan lebih komited,hal ini yang akan mengambil pusing untuk mempengaruhi kebahagiaan dan keperluan masa depan dalam pelbagai sektor masyarakat yang akan bergantung kepada kerajaan yang bijak dan matang.
“Kebahagiaan” rakyat Sabah yang sebenar benarnya ialah apabila kerajaan dapat menguatkuasakan suatu undang-undang baru yang akan dapat memastikan keadaan sosial masyarakat berada di tahap yang terjamin dan rakyat tidak perlu berasa hidup dalam ketidakadilan sebagai akibat ditindas melalui sistem perundangan yang berat sebelah.
Kerajaan yang baik ialah dengan membawa sistem perundangan yang lebih berlaku adil dan saksama,yang sudah tentu akan dapat memastikan peranan masyarakat sivil yang dapat berkembang seterusnya dapat menyumbangkan sesuatu yang lebih efektif terhadap pengurusan dan pembangunan infrastruktur Sabah khususnya.
Apabila saya katakan bahawa kerajaan tidak sepatutnya terus menerus didesak dengan keperluan hanya berkisarkan kepada keperluan politik Negara sahaja,tetapi mengalihkan perhatian mereka juga terhadap situasi sosial masyarakat,memperbaiki institusi kemasyarakatan yang dilihat berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi Negara.
Berikan rakyat lebih banyak perlindungan social serta memperbaiki taraf hidup masyarakat yang tinggal di kawasan terpencil atau pedalaman.Keadaan persekitaran yang lebih proaktif untuk mereka-mereka yang masih hidup luar dan jauh daripada jangkauan arus pemodenan akan dapat membuka minda dan menjana lebih banyak idea-idea yang dapat membantu penghasilan untuk pembangunan ekonomi Sabah.
Walaupun kita sedia maklum bahawa sumber-sumber asli Sabah telah dijarah sepenuhnya oleh kerajaan Malaya dan kita kehilangan kuasa dan suara untuk melakukan penentangan secara terbuka terhadap tindakan-tindakan mereka ini.Namun,seharusnya apa yang tertinggal dan tersisa untuk kita cuba lakukan terhadap mereka yang tinggal di kawasan pedalaman ialah sedaya upaya menjangkau keperluan asas mereka.Berusaha untuk memberikan kemudahan kesihatan,ubat-ubatan dan kemudahan pendidikan yang terbaik.
Apabila kita dapat memberikan mereka dengan asas kepada keperluan hidup manusia ini maka kita sekurang kurangnya dapat memberikan kepuasan kepada mereka dari segi emosi dan “psikologi kesejahteraan” mereka.Kerana manusia bukan hanya hidup bergantung kepada keperluan benda yang bersifat materialistik moden semata mata,sewajarnya ialah keperluan kesihatan yang lebih baik dan peluang pendidikan yang akan dapat menjamin kelangsungan hidup kearah “kebahagiaan” yang lebih memuaskan hidup.Kerajaan sepatutnya mulai melihat rakyat sebagai keperluan utama Negara.
Keperluan utama rakyat di Sabah ialah asas kepentingan tanah.Bagi mereka orang-orang kampung yang tinggal dan berhidup di kawasan yang kurang mendapat liputan dan jauh terpencil diasingkan dan dipisahkan dengan penempatan masyarakat golongan elit dan moden,mereka ini amatlah bergantung kepada sumber-sumber hutan dan tanah untuk kelangsungan hidup mereka dan keluarga.
Kerajaan dan diikuti oleh golongan kapitalis yang bersikap tamak telah menjadikan sumber semula jadi orang kampung semata mata untuk dijadikan kepentingan pertumbuhan ekonomi mereka,mereka mendesak “kehidupan tradisional” orang-orang kampung untuk dijadikan pelaburan banyaknya pelabur-pelabur asing untuk mengembangkan urusan ekonomi,mereka turut menghapuskan asset-aset berharga hutan bagi tujuan kepentingan pembangunan moden.
Orang-orang kampung terus menerus menyatakan kebimbingan mereka terhadap “penderitaan” yang mereka alami sebagai akibat banyaknya penafian kepada hak-hak tanah pusaka dan keselamatan tanah mereka.Keperluan tanah dan air dilihat semakin meningkat,dan orang-orang kampung mahukan kerajaan baru yang akan dapat memastikan pengurusan sumber tanah dan air yang lebih mampan dan berkesan agar “kebahagiaan dan kesejahteraan” mereka dijamin untuk keturunan mereka yang seterusnya.
0 comments :
Post a Comment