Pihak SSKM-SSU(UK) akan mendedahkan satu lagi kepincangan dan perlanggaran Perjanjian Malaysia 1963 oleh kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia. Pada kali ini, pihak kami akan membuat pendedahan tentang perkataan "Should VS Shall" dalam dokumen rasmi Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Memorendum 18 & 20 Perkara (memfokuskan kepada Perkara 7).
Apabila kami menerangkan perbezaan "Should VS Shall", pihak kami akan menggunakan pengertian dalam bahasa antarabangsa iaitu English Britain dengan penterjemahan yang betul daripada sudut perundangan.
Perkataan "Should" dalam bahasa English adalah perkataan yang membawa maksud untuk "Mencadangkan" iaitu "Hendaklah" ("Should" has no special legal meaning- "Hendaklah" tidak mempunyai keistimewaan dalam maksud perundangan) manakala perkataan "Shall" pula membawa maksud untuk "Mewajibkan" iaitu "Haruslah" ("Shall" means mandatory; compulsory requirement - "Haruslah" bermaksud mandatori; kewajiban keperluan ; TIDAK BOLEH jikalau tidak dipenuhi tuntutannya). Dalam sesuatu kontrak perjanjian rasmi ataupun dokumen rasmi antarabangsa, perkataan "Shall" (required by this rule; imperative command; has a duty to; is required to - diperlukan dalam peratuan ini; arahan imperatif; mempunyai tangunggjawab untuk; diperlukan untuk) adalah perkataan "UTAMA" yang selalunya digunakan. Dalam kes ini, kita merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963. Sementara itu, dalam membuat sebarang rekomendasi ataupun cadangan ataupun pendapat, perkataan "Should" adalah perkataan "PILIHAN" (encouraged to do so but not compulsory; is a conditional phrase - digalakkan untuk melakukannya namun tidak diwajibkan; adalah satu syarat pilihan frasa) yang digunakan agar cadangan, pendapat ataupun pendapat terhadap sesuatu perkara itu diterima (Should means RECOMMENDED; Should not means NOT RECOMMENDED - Hendaklah bermaksud DICADANGKAN; Hendakalah bukan bermaksud TIDAK DICADANGKAN). Dalam konteks penerangan ini, kita merujuk kepada Memorendum 18 & 20 Perkara. Untuk lebih spesifik lagi, kita hanya akan memfokuskan kepada Perkara 7 yang menyatakan bahasa "Hendaklah tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada persekutuan" (There should be no rights to secede from the federation) yang ditujukan khas kepada Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Negara Sarawak.
Kita seharusnya mengambil pandangan inisiatif/pilihan yang positif daripada Perkara 7 yang menyatakan "tidak berhak untuk memisahkan diri (no rights to secede)", yang mana ia layak untuk dipertimbangkan penegasannya meskipun pada Perkara 7 yang berbicara tentang hak-hak Sabahan dan Sarawakian untuk memisahkan diri daripada Persekutuan Malaysia. Hal ini adalah kerana "penggunaan [oleh Perkara 7] daripada perkataan ''hendaklah" (sebagai lawan kata "wajib", misalnya) telah menterjemahkan pilihan "TIDAK BERHAK UNTUK MEMISAHKAN DIRI" itu kepada hanya satu bentuk "CADANGAN SAHAJA".
Anda lihat... Dalam setiap dokumen diplomatik, ia seringkali menuntut analisis linguistik/penggunaan bahasa yang terdekat. Adakah Perkara 7 membawa maksud yang lain seperti mengatakan bahawa "Semestinya tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada persekutuan"?
Kerana kata kerja bantu (auxillary verb) "Harus (Shall)" dan "tidak seharusnya (shan't)" memiliki semua tapi telah hilang daripada bahasa English Amerika, namun di Great Britain, mereka secara umum masih menggunakannya. Fakta bahawa Memorendum Perkara 18/20 adalah Memorandum yang berkaitan dengan Malaysia antara Great Britain and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (North Borneo), Sarawak dan Singapura; penggunaan dalam bahasa English British yang sebenarnya diambil kira - dan apabila ia pergi kepada perkara itu, apakah kuasa/hak yang kita miliki jikalau dibandingkan dengan mereka yang disanjung tinggi iaitu Fowler, FG dan HW, yang telah menghasilkan "The King's English" (edisi pertama yang diterbitkan oleh Oxford University Press, 1906) yang telah membantu generasi-generasi yang bertutur bahasa English yang mempunyai kekeliruan melalui panduan ini.
Kesimpulan daripada penyampaian tentang pengertian maksud dan perbezaannya ialah "Should" (hendaklah) adalah merupakan perkataan yang bermaksud "MENCADANGKAN TETAPI TIDAK MEWAJIBKAN MALAH BOLEH UNTUK TIDAK MEMATUHINYA". Manakala "Shall" merupakan perkataan yang bermaksud "MEWAJIBKAN DAN TIDAK BOLEH UNTUK TIDAK MEMATUHI KERANA IA ADALAH SYARAT/KEPERLUAN YANG MESTI DIPENUHI".
Jadi dalam 18 & 20 Perkara, Perkara 7 itu sebenarnya hanyalah cadangan yang menasihati Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak hendaklah tidak berpisah daripada Persekutuan Malaysia namun jikalau Negara Sabah dan Negara Sarawak berkeinginan untuk berpisah daripada Persekutuan Malaysia (menamatkan persekutuan malaysia dengan persekutuan tanah melayu), mereka (Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak) mempunyai HAK MUTLAK untuk melakukannya. Dalam hal ini, kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia TIDAK MEMPUNYAI HAK MAHUPUN LOCUS STANDI untuk melarang ataupun menyekat USAHA PERPISAHAN INI. Malah, jikalau mereka masih menentang mahupun menyekat usaha tersebut, kerajaan menyamar (malaya) ini sebenarnya sedang melakukan JENAYAH kerana telah melanggari UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA.
Setelah berbicara mengenai perkara ini, satu hal yang perlu anda ketahui ialah Perkara 7 sebenarnya telah melanggari Undang-undang Antarabangsa kerana "Pemisahan" ataupun "Kemerdekaan" itu adalah Hak Asasi sesebuah bangsa dalam sesebuah negara.
Walaupun dalam 18 dan 20 Perkara telah dihantar kepada Inter-Governmental Committee (IGC) untuk dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia 1963, Perkara7 itu DITOLAK dan TIDAK DITERIMA kerana menurut kebijaksaan Lord Landsdowne, Pembentukkan Persekutuan Malaysia ini adalah dibentuk dan dianggotai secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Atas sebab itu, tidak boleh ada sebarang sekatan mahupun halangan kepada negara-negara anggota dalam persekutuan ini untuk keluar daripada persekutuan ini ataupun berpisah daripada persekutuan ini pada bila-bila masa kerana itu adalah HAK MUTLAK MEREKA.
Disini pihak kami kongsikan satu (1) bukti yang jelas telah berlaku perlanggaran nyata oleh kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.
United Nations - Treaty Series Negara Bangsa-Bangsa Bersatu - Siri Perjanjian |
Original Agreement - Perjanjian Asal |
Perlembagaan Malaysia hasil daripada Perjanjian Malaysia selepas diubah |
Pihak SSKM-SSU(UK) YAKIN bahawa anda mampu melihat bulatan pada perkataan "SHALL" pada dua gambar diatas ini. Setelah anda membaca artikel diatas, anda sudah tentu memahaminya bahawa perkataan "SHALL" itu membawa maksud "MEWAJIBKAN DAN DIMESTIKAN". TIDAK BOLEH SESEKALI TIDAK DIPATUHI. Tetapi, melihat kepada perlembagaan malaysia sekarang, tidakkah itu sudah jelas lagi terang bersuluh bahawa Perlanggaran Perjanjian Malaysia sudah jelas merupakan perlanggaran Antarabangsa kerana Perjanjian ini ditandatangani pada dokumen "United Nations - Treaty Series / Negara Bangsa Bangsa Bersatu - Siri Perjanjian".
Selain itu juga, Perjanjian asal ini telah jelas menyenaraikan Negara Singapura sebagai "Salah Sebuah Negara Anggota" dalam Persekutuan Malaysia dan ia telah dimasukkan kedalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tapi lihatlah pada Perlembagaan sekarang, dengan sesuka hati mereka mengubahnya tanpa sebarang "Review Malaysia Agreement - Mengkaji Perjanjian Malaysia". Dokumen Perjanjian Asal yang tersimpan di United Kingdom (UK) masih jelas menyatakan bahawa Negara Singapura masih berada dalam Persekutuan Malaysia.
Dibawah ini adalah NOTA PINDAHAN AKTA YANG TELAH DILAKUKAN
Art. 1:
The original Article as it stood on Merdeka Day read as follows:
"1. (1) The Federation shall be known by the name of Persekutuan Tanah Melayu (in English the Federation of Malaya).
(2) The States of the Federation are Johore, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu (formerly known as the Malay States) and Malacca and Penang (formerly known as the Settlements of Malacca and Penang).
(3) The territories of each of the States mentioned in Clause (2) are the territories of that States immediately before Merdeka Day.".
Art. 1(2):
1. The present Article without Clause (4) was inserted by Act 26/1963, section 4, in force from 16-09-1963 (i.e. when Malaysia was established). Act 59/1966 section 2, in force from 09-08- 1 9 6 5 (i.e. the date Singapore left Malaysia) amended Clause (2) by deleting therefrom paragraph (c) which read as follows:
"(c) the State of Singapore.".
2. The present Clause (2) was substituted by Act A354, section 2, in force from 27-08-1976.This clause before its substitution by Act A354 was amended by Act 26/1963, section 4, in force from 16-09-1963 (i.e. when Malaysia was established) read as follows:
"(2) The States of the Federation shall be—
(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu;
(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and
(c) the State of Singapore.".
Art. 1(3):
The words "Subject to Clause (4),"were inserted before the words "The territories of each of the State" by Act A206, Schedule, in force from 01-02-1974.
Art. 1(4):
1. The original Clause which was added by Act A206, Schedule, in force from 01-02-1974 (i.e. the date of the establishment of the Federal Territory of Kuala Lumpur) read as follows:
"(4) The territory of the State of Selangor shall exclude the Federal Territory established under the Constitution (Amendment) (No. 2) Act, 1973.".
2. Subsequently this Clause was amended by Act A566. Subsection 2(1), in force from 01-02-1974, by inserting after the figures "1973" the words, "and the Federal Territory shall be a territory of the Federation.".
Subsection 2(2) of Act A566 also provided w.e.f. 01-02-1974 that—
"Any reference in the Consititution and other written law to the Federation, Malaya, Malaysia, the States of the Federation, the States of Malaya, or West Malaysia, however used, whether or not used in conjunction with or as part of another expression, shall be construed to include a reference to the Federal Territory, unless there is express provision to the contrary or there is something in the subject or context inconsistent with or repugnant to such construction.".
3. The above Clause was substituted by Act A585, section 11, in force from 16-04-1984.
4. This Clause was again substituted by Act A1095, section 11, in force from 01-02-2001.
*** Negara Singapura BUKAN DIKELUARKAN daripada persekutuan malaysia tetapi TELAH MENINGGALKAN (9-8-1965 was the date Singapore left malaysia) persekutuan malaysia***
Sekarang, kita merujuk kepada dokumen Memorendum 20 Perkara pula;
Fokuskan kepada Perkara 7 |
Point 7. Right of secession: There should be no right to secede from the Federation.
Kesimpulannya, Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 adalah satu Perjanjian yang WAJIB DIPATUHI DAN TIDAK BOLEH SESEKALI TIDAK DIPATUHI. Ini jelas dinyatakan dengan penggunaan perkataan "SHALL". Namun, apakah yang sebenarnya telah terjadi??? Yang WAJIB DIPATUHI TIDAK PULA DIPATUHI. Tetapi YANG TIDAK WAJIB DIPATUHI MALAH MEMANG DI TIDAK DIMASUKKAN KEDALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA UNTUK DIPATUHI ITU PULA YANG TELAH DIPAKSA UNTUK DIPATUHI MALAH PIHAK KERAJAAN MENYAMAR INI INGIN MENGAKTIFKAN AKTA HASUTAN 1948 YANG AKAN MEMASUKKAN "ISU PERPISAHAN" DILARANG UNTUK DIBUALKAN.
***Negara Sabah (dahulunya North Borneo) dan Negara Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia atas dasar "sukarela" dan telah menandatangani perjanjian malaysia 1963 yang akhirnya dibentuk pada 16 September 1963.
Negara Sabah dan Negara Sarawak TIDAK PERNAH menandatangani perjanjian persekutuan malaysia yang merdeka pada 31 Ogos 1957.
Oleh itu, akta hasutan 1948 TIDAK BOLEH SESEKALI DILAKSANAKAN KEPADA BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK! Ini kerana, akta tersebut adalah akta yang telah diguna pakai pada kerajaan persekutuan tanah melayu!***
Sekarang anda faham sudah perbezaan "Should" dan "Shall"? Adakah anda dapat kaitkan semua info ringkas dan umum ini untuk kefahaman awal anda???
Semoga pencerahan ini dapat mematikan segala serangan ataupun cubaan daripada sesetengah pihak yang cuba menggunakan isu ini untuk membantutkan Perjuangan dalam menuntut Kemerdekaan yang sebenar di Negara Sabah dan Negara Sarawak.
***Pada masa ini, terdapat dua orang "budak tua" yang sedang mempertikaikan isu ini. Apabila diterangkan dengan baik beserta dengan justifikasi, mereka cuba untuk menafikan malah menuduh pihak kami cuba memutar-belitkan fakta. Justeru, pihak kami tidak akan lagi membuang masa terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka kerana ia adalah sekadar mengganggu fokus perjuangan SSKM-SSU(UK). Kumpulan Hormati Perjanjian Malaysia 1963 (HPM63) diketuai oleh Datuk James Ligunjang telah membuat kenyataan RASMI bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang serangan terhadap SSKM-SSU(UK) yang melibatkan mereka berdua ini (budak tua). Dalam erti kata lain, mereka berdua ini melakukan pertikaian ini atas kapasiti mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Perjuangan HPM63. Walaupun HPM63 yang diketuai oleh Datuk James Ligunjang melihat bahawa 20 Perkara ini tidak mempunyai Locus Standi dalam perundangan (menurut pandangan peribadinya) namun beliau menghormati pendirian SSKM-SSU(UK) dan tidak pernah sesekali merendahkannya. Malah, beliau menyokong dan mengatakan, lakukan cara anda dan pihak kami akan lakukan cara tersendiri kerana misi kita adalah sama iaitu untuk Kepentingan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Harap Maklum***
0 comments :
Post a Comment