Saturday, 31 January 2015

"Bukan niat untuk menolak mentah-mentah pandangan YB Datuk Seri Anwar..."


Bukan niat untuk menolak mentah-mentah pandangan YB Datuk Seri Anwar yang berhujah menidakkan perjuangan anak muda Sabah Sarawak yang merasa tertindas yang nasibnya TIDAK TERBELA dalam Persekutuan Malaysia.

Namun apa salahnya untuk kita semua berfikir sejenak sejauhmana logik dari sebuah statement oleh salah seorang ahli YB berkenaan suara Minoriti SSKM :

1) Jika sekiranya Sabah Sarawak keluar Persekutuan Malaysia adalah TIDAK BERFAEDAH dalam jangka masa panjang....'

Bagaimana Pula masa 51Tahun yang Sabah Sarawak berikan kepada Malaysia jika sekiranya selama 51thn membentuk persekutuan Malaysia,Sabah Sarawak hanya mendapatkan STATUS TERMISKIN sedangkan taraf Sabah dan Sarawak adalah RAKAN KONGSI dan bukan Negeri Jajahan Tanah Melayu seperti negeri2 lain.

2) Negeri-negeri adalah penting dalam Negara Persekutuan "

Jika sekiranya Sabah Sarawak adalah PENTING bagi Malaysia...Bagaimana pembangunan di Sabah Sarawak adalah yang TERMUNDUR bahkan amat sikit kemajuan dari segi pembahagian tenaga kerja,pembahagian hasil kekayaan ( sebelumnya HAK MUTLAK Sabah Sarawak )infrastruktur yang serba kekurangan.

apa Sabah Sarawak hanya penting untuk mendapatkan Mayoriti UNDI untuk memastikan agenda politik tetap berjalan ? ataukah peruntukan mencukupi namun peruntukan tersebut TIDAK PERNAH sampai kepada rakyat di Pedalaman ?

3) Jika SS keluar persekutuan Malaysia adalah MELANGGAR undang2 perlembagaan..."

Dalam hal ini yang mana satu perlembagaan yang hendak di guna pakai,adakah undang2 perlembagaan Persekutuan TANAH MELAYU 1957 dimana Sabah dan Sarawak pada masa itu ber-STATUS NEGARA.

ataukah mengguna pakai Undang2 mengikut perlembagaan Malaysia (MA'63) dimana Sabah dan Sarawak BERGABUNG SUKARELA membentuk Persekutuan Malaysia dan TIADA usaha mengKAJI perjanjian Malaysia 1963 walaupun HAL tersebut PERLU dan WAJIP di KAJI setelah SINGAPURA keluar dari Persekutuan Malaysia.

4) Jangan Menggunakan Sentimen Negeri "

Dalam hal ini ianya BUKAN sentimen Negeri,KERANA Sabah dan Sarawak adalah ber-Status Negara sebelum di turunkan kepada Negeri,dimana mengikut Undang2 Sabah dan Sarawak adalah RAKAN SAMA TARAF yang sepatutnya ada HAK bersuara yang SAMA dengan Malaya.

Sabah dan Sarawak adalah BUKAN Negeri JAJAHAN Tanah Melayu seperti mana negeri2 lain di Semenanjung.

5) SSKM adalah kumpulan Minoriti yang mungkin TIDAK mewakili aspirasi Sabah sarawak.

Bagaimana dengan Suruhanjaya Cobbold yang hanya mengutip 4000 suara/tanda tangan sedangkan rakyat Sabah Sarawak pada saat itu berjumlah Jutaan penduduk.Bukankah ia juga suara Minoriti?

pada pandangan saya sebagai orang awam,hendaklah ada satu perbincangan antara pihak SSKM dan pihak Kerajaan/Malaya agar semua kekusutan boleh di 'rungkai' sebelum semuanya menjadi parah dan menimbulkan hal-hal yang Tidak di inginkan.

Pulangkan apa jua Hak-hak Sabah dan Sarawak yang sepatutnya SS dapatkan dan melayan SS secara adil seperti layaknya rakan sama taraf dalam persekutuan Malaysia.

Hari ini mungkin YB yang memegang tampuk kekuasaan Namun TIADA Kekuasaan yang akan KEKAL 1000 tahun pasti akan ada titik 'Noktah' dari setiap perjalanan Politik dan kita pasti TIDAK mahu dikenali sebagai sebahagian dari sejarah 'Lembaran Hitam' Malaysia yang akan di kesali oleh generasi penerus yang akan datang.

# Pergo Et Perago , Dum Spiro Spero #



0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...