Sunday, 11 January 2015

Kekeliruan Dan Konflik Diantara SSKM-SSU(UK) Dan HPM63 Telah Selesai Dan Berdamai


Kenyataan RASMI Datuk James Ligunjang.

Ingin saya jelaskan bahawa kempen HPM63 adalah perjuangan rakyat yang bermula di Tambunan pada malam 15 hb september 2014 sempena convoy Batu Sumpah ke Keningau yang diketuai oleh Dr.Jeffrey Kitingan.

Matlamat HPM63 adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai dengan perjanjanjian 1963 dan apa isi kandungannya yang perlu dihormati oleh semua pihak. Justeru itu, kita mohon semua parti dan NGO mendokong perjuangan ini dan menyertai Himpunan Rakyat serentak di Kuching dan Kota Kinabalu pada 16 hb September 2015 untuk mendesak semua pihak menghormati Perjanjian.

Kita mempelawa semua pertubuhan mendokongnya dan tidak memilikinya.

Akhirnya kata, saya bukan ahli Parti Pakar dan saya tidak pernah menyekat mana pertubuhan Parti Politik dan NGO untuk menjalankan akitiviti mereka. 

Yang penting pada saya, kita wujudkan persafahaman dan kerjasama untuk menjayakan aspirasi rakyat SS. 

Sekian.


Respon SSKM-SSU(UK)

Ingin pihak SSKM-SSU(UK) katakan disini bahawa bukan musuh yang ingin dicari dalam perjuangan tetapi adalah Kemerdekaan sebenar Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Kenyataan demi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kami adalah untuk memaklumkan kepada umum tentang keputusan, pandangan kami dan tambahan juga demi untuk mempertahankan imej serta perjuangan ini.

Semoga pencerahan daripada Datuk James Ligunjang ini mengenai konflik yang wujud diantara SSKM-SSU(UK) dan HPM63 sebelum ini mampu mengeratkan lagi persefahaman seterusnya meningkatkan kerjasama dua hala demi kepentingan bersama untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Salam Berjuang untuk semua...

Join The Fight!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...