Thursday, 6 November 2014

SSKM akhirnya Terperangkap!

GELOMBANG KESEDARAN rakyat Borneo semakin kelihatan dan dapat dibuktikan dalam keterlibatan mereka melalui perjuangan Pertubuhan Badan NGO “Sabah Sarawak Union, United Kingdom” (SSU-UK) atau lebih dikenali dengan nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” (SSKM). SSKM ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, di mana idea penubuhannya dimulakan oleh rakyat biasa yang tidak berlatar belakangkan politik. Gabungan idea dari rakyat Sarawak & Sabah bermula dengan mengambil nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” bermula dengan cara merangkak dalam Group komuniti laman sosial Facebook. SSKM belum berpengalaman dalam soal-soal masalah rakyat, tetapi hasrat dan tujuan SSKM adalah untuk memberikan informasi dan data sejarah berfakta yang seharusnya diketahui oleh rakyat Sabah dan Sarawak, di mana hal-hal tersebut “tidak pernah didedahkan” dalam kurikulum Sejarah pendidikan di Malaysia. Banyak fakta sejarah Negara Sabah & Sarawak yang dimanipulasi dan disembunyikan selama 51 tahun oleh pemimpin-pemimpin politik Malaya.  

Kenapa SSKM bertindak berani melakukan ini?  

KERANA kita mempunyai bukti yang kukuh dan sahih dari segi fakta untuk menyuarakan dan mendedahkannya kepada rakyat. Rakyat Sabah & Sarawak yang melihat, membaca dan menilitinya SANGAT TERPERANJAT dengan pendedahan tersebut. Dengan demikian, rakyat yang sedar, telah bertindak menyedarkan yang lain dan seterusnya. Sehingga impaknya juga telah membukakan ‘mata dunia’ dan masyarakat global tertumpu pada Malaysia.  

Pemimpin politik tempatan bukan tidak tahu, mereka lebih arif dalam soal-soal ini. Mereka juga pernah bersuara dan bertindak, tetapi dengan mudah dan penuh bergaya pemimpin-pemimpin politik Malaya mematahkan semua tindakan mereka dan berjaya menghalang serta menutup agar tiada pendedahan dilakukan dari penipuan yang mereka telah lakukan kepada Negara Sabah dan Sarawak selama 51 tahun. 

Sehingga kini, pemimpin-pemimpin politik tempatan membiarkan penipuan ini berlangsung dan mereka hanya putih mata dan terkebil-kebil melihatnya. Kesilapan yang mereka telah lakukan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa mutlak untuk menghalang aksi dan tindakan pemimpin-pemimpin Malaya merakus segalanya dari bumi Sabah & Sarawak. Kedua negara ini adalah negara yang mempunyai hasil bumi dan begitu banyak dan selayaknya disebut ‘kaya’. Tetapi KENYATAANNYA, kedua negara ini bergilir-gilir menggondol gelaran tiap-tiap tahun sebagai “Negeri Termiskin Di Malaysia”.  

Walaupun keadaanya berlaku seperti yang sudah dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat Negara Sabah & Sarawak, usaha-usaha tertentu tetap dilakukan oleh golongan politikus baru yang muncul, tetapi impaknya tidaklah sekuat mana yang diharapkan. Kerana nilai “wang ringgit” lebih besar daripada nilai “sebuah kebenaran”. Politikus ini hanya lantang pada kuntau pidatonya semasa pilihanraya, tetapi seperti pelangi sehabis hujan. Pilihanraya selesai maka reda dan sepi semuanya, kemudian menunggu lagi untuk 5 tahun akan datang untuk mencuba nasib.  

Selama 48 tahun Sabah & Sarawak bergumul dengan keadaan ini, tidak dapat memikirkan kaedah dan solusi terbaik sebagai jalan keluar dari masalah yang dihadapi. Tetapi dengan hikmat berfikir yang dimiliki oleh rakyat biasa, maka kesepakatan telah dilakukan untuk memperjuangkan hal ini ke peringkat antarabangsa, iaitu melalui kuasa hak asasi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan demikian, maka tepatlah bahawa tindakan ini betul dan tepat masanya, kerana ada anak jati Negara Sabah yang duduk bersama di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai anggota rasmi yang mewakili Borneo.  

Hal ini tidak difikirkan oleh ahli-ahli politik yang ada, kerana sudah menjadi tradisi dalam pola fikir politikus - berpolitik untuk nama dan wang ringgit. Mengakibatkan hal-hal yang mendasar dan mustahak sebagai kepentingan rakyat diabaikan. Undi rakyat hanyalah sebagai sandaran kejayaan untuk tujuan peribadi. 

Pemimpin politik Malaya telah merancang segalanya seawal tahun 60an, iaitu penipuan yang “terancang dan teliti”, sehingga kemuncaknya bermula pada tahun 1963, kemudian semakin jelas pada tahun 1976. Di mana bagi negara Sabah, tahun ini adalah “ tahun yang sangat malang kerana 3 peristiwa penting berlaku tanpa sebarang kemampuan dan kuasa pemimpin politik tempatan menghalangnya.  

Tiga peristiwa peristiwa tersebut adalah; 


i) Pada 06. 06. 1976 Tragedi Nahas Kapal Nomad yang dinaiki oleh pemimpin utama dan kabinet negara Sabah. Hasil forensiknya ada dan masih tersimpan di tangan kerajaan Australia sehingga hari ini. Tetapi kes ini telah sengaja dirahsiakan malah ditutup ketat dengan kanun ‘akta hasutan’ dan I.S.A. 


ii) 14. 06. 1976, hasil minyak sebanyak 95% telah diserahkan kepada Petronas dan selebihnya dengan penuh bangga dan bersyukur Sabah/Sarawak menikmatinya. 

iii) Pada 27. 08. 1976 Negara Sabah telah diturunkan status ”Negaranya” kepada “Negeri”. Maka jadilah kedua negara ini, iaitu Sabah & Sarawak termasuk sama status dan haknya bersama 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Malaya. Maka relevanlah “Perlembagaan Persekutuan Tanah Malaya” yang dibuat pada tahun 1957 untuk semua negeri, tanpa ada “Perlembagaan Khas” yang dibuat selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963.  


KENAPA “Sabah Sarawak KELUAR Malaysia”?  

Jika selama ini pemimpin politik tempatan kita sudah tunggang terbalik memperjuangkan isu “Perkara 18 (Sarawak) & 20 (Sabah)”, “Kembalikan Kuasa Autonomi”, “Borneonisasi”, dan banyak kata-kata yang telah digunakan untuk menarik perhatian dan belas kasihan agar pemimpin politik Malaya mempertimbangkannya. Namun ADAKAH MALAYA membuka mata dan ikhlas mendengarnya? - TIDAK! MALAYA bukan hanya tutup sebelah mata pada perjuangan pemimpin politik tempatan, tetapi langsung menutup kedua belah mata mereka, malah telinga pun turut ditutup.  

TAPI lihatlah, Bila SSKM dengan sengaja menggunakan satu kata-kata yang sangat sensitif, iaitu "Sabah Sarawak KELUAR Malaysia", maka akibatnya sangat menusuk hati para politikus Malaya, malah menggegarkan mereka! Kenapa gunakan perkatan “Keluar Malaysia”? Sabah dan Sarawak BUKAN MASUK Malaysia, tetapi MEMBENTUK Malaysia. Jadi istilah ‘keluar’ itu tidak tepat! Seorang pemimpin negara Sarawak menegaskan, “Kita bukan masuk Malaysia, tetapi kita MEMBENTUK Malaysia, jadi tiada istilah KELUAR kerana tiada yang MASUK.  

Slogan sensitif ”Sabah Sarawak KELUAR Malaysia” sengaja dibuat dan telah berjaya menarik perhatian para pemimpin politik Malaya, malah mereka menggelabah dan dalam keadaan ketakutan kerana penipuan selama 51 tahun semakin terbongkar. Slogan ini juga telah membuatkan beberapa pemimpin politik tersentak berdiri dari posisi goyang kaki mereka di sofa Itali bernilai jutaan ringgit. Degupan jantung menjadi rancak, air liur yang ditelan rasanya pahit dan siang berganti malam sepertinya sangat pantas. Memaksa untuk tidur lena tidaklah boleh jika tidak meneguk ‘Chivas’, “Macallan’, atau ”Glenfarclas”. Cara lain yang difikirkan jimat dan tidak disebut haram adalah menelan ‘ubat tidur & penenang’.  

KENAPA SITUASI INI BERLAKU kepada mereka?  

1. Penipuan antarabangsa akan terbongkar.  
2. Ketuanan Melayu tergugat.  
3. Kroni2 dalam parti yang mendominasi akan hilang punca kekayaan.  
4. Takut kehilangan sumber keuntungan.  
5. KERANA Rakyat Sabah & Sarawak yang dianggap tinggal di atas pokok dan masih pakai cawat sudah BANGKIT dan BERSUARA menuntut hak-hak sebenar yang dipertikaikan.  

Rakyat Sabah & Sarawak bukanlah Bodoh, tetapi hanya berdiam diri selama ini. Tapi masanya sudah tiba, sebab "Kalau Bukan Kita, Siapa lagi! Kalau Bukan Sekarang, Bila lagi?" 

Dum Spiro Spero - Pergo Et Perago 

APA PERANAN KITA SEKARANG?   

Sekiranya anda bersetuju Borneo; iaitu Sarawak / Sabah harus BEBAS daripada diduduki secara paksa/keras & ditindas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia (erti kata lain bebas daripada perhambaan), sila turunkan tandatangan anda pada petisyen SSKM menandakan sokongan kepada perjuangan kami. Ia adalah tanggungjawab kita untuk menuntut hak, kebanggaan, maruah dan keadilan kita. 

TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI! 



(Kotak dengan tanda * - tanda asterisk - adalah yang paling penting) 


DATA SULIT ANDA DIRAHSIAKAN DAN TIDAK TERDEDAH, Jika anda TIDAK MAHU gunakan nama sebenar, gunakan "Anonymous". Tandatangan Yang Berjaya HANYA akan kelihatan seperti ini; 




0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...