Friday, 21 November 2014

"Penghasut Baik VS Penghasut Jahat'

Ramai yang tergamam, terkejut, terkilan, hairan dan hampir tidak percaya, malah ada orang yang memaksa dirinya untuk tidak mahu mempercayai fakta-fakta yang didedahkan oleh SSKM berkaitan dengan sejarah Negara Borneo (Sabah & Sarawak). Hal-hal yang selama ini kita tidak pernah tahu, tidak pernah diajar dan tidak jujur diceritakan di alam persekolahan dalam pendidikan Malaysia, SSKM bertindak berani mendedahkan kebenaran itu kepada rakyat agar rakyat Borneo sendiri menilai dan membuka ruang untuk mereka membuat penyelidikan secara peribadi. Sama ada sebaran fakta dan data yang SSKM lakukan "cakap kosong atau suatu penipuan". Siapa sebenarnya yang melakukan penipuan? Siapa sebenarnya yang memulakan penipuan dan menghasut rakyat secara terancang untuk menghilangkan sejarah yang benar?

Bila SSKM dedahkan bahawa North Borneo dan Sarawak PERNAH MERDEKA (walaupun sangat singkat kerana dipengaruhi oleh pemimpin Malaya untuk membentuk 'Malaysia'), ramai yang masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut walaupun disertakan dengan fakta dan data yang sahih.    Bila SSKM membantah dan memboikot tarikh 31 Ogos 1957 yang selama ini ditafsirkan sebagai "Tarikh Kemerdekaan Malaysia" adalah SATU PENIPUAN, tetap saja segolongan rakyat menolak hal tersebut. Malah pertanyaan yang tidak terjawab bila SSKM mengutarakan soalan adalah, "Pernahkah MALAYSIA dijajah? Siapa yang menjajah? 

Apa sejarah KEMERDEKAAN MALAYSIA?". Sebab dalam gabungan "Persekutuan Malaysia", ada Negara Singapura, Negara Sabah dan Negara Sarawak serta Tanah Malaya - semuanya bekas jajahan British. Negara-negara ini bergabung untuk "membentuk" Malaysia. Dengan demikian, sejak Malaysia dibentuk, pernahkah Malaysia diserang dan dijajah?? (Orang Malaya katakan - kita dijajah oleh 'budaya Kuning') Bila SSKM dedahkan bahawa tragedi "Double Six" itu suatu hal yang dirancang secara jahat dan sabotaj oleh Pemimpin Malaya, ramai yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Jika para pemimpin Sabah sejak dari dulu jujur berjuang bersama dengan Tun Fuad Stephen, maka pemimpin-pemimpin Sabah boleh membuka 'Forensic Files' mengenai nahas kapal Nomad yang dinaiki ketika itu dan sampai sekarang fail tersebut masih dalam simpanan Kerajaan Australia. Dengan izin dan kesepakatan pemerintah Sabah saja melalui keputusan mesyuarat ADUN boleh membukanya. Tapi kenapa sampai sekarang hal itu dibekukan? (TAKUT!!?? Sebab dihasut dan diberi amaran keras oleh pemimpin Malaya??)

Bila SSKM dedahkan bahawa, gelombang kebangkitan rakyat yang terjadi sekarang yang lebih sinonim dengan panggilan "Puak-puak pemisah" sudah pernah berlaku beberapa kali, malah pada era Tun Mustapha dan Tun Fuad pun sudah pernah berlaku dan juga ketika era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) tetapi tetap saja golongan tertentu tidak percaya. Lebih percaya dengan dalil dan ugutan pemimpin Malaya yang sentiasa menggunakan taktik lapuk, iaitu perkataan "Serangan Filipina (Sultan Sulu)", yang sebenarnya tiada hak dan kuasa langsung terhadap tanah Sabah.

Bila SSKM dedahkan bahawa semasa era pembentukan "Malaysia" sebahagian besar rakyat Sarawak, di mana lebih dari 110,000 ribu rakyat yang membantah dan tidak setuju dengan penyatuan itu, tetapi tetap saja hal ini tidak mau diakui - sedangkan fakta dan data jelas ada, rakaman video demonstrasi bantahan tersebut pun masih ada sampai sekarang.

SEJARAH GELAP SARAWAK - RUSUHAN ANTI-MALAYSIA DI SARAWAK 1961-1963    Bila SSKM dedahkan dan tegaskan bahawa 'kembalikan status' Sabah sebagai sebuah NEGARA dan bukan "Negeri" seperti sekarang (sejak 1976), tetapi orang tertentu malah mencibir bibir mendengar tuntutan tersebut. Sedangkan data dan faktanya jelas ada dan tindakan menurunkan status tersebut jelas tidak berpandukan kepada konsep "Pembentukan Malaysia" yang sebenarnya.

SSKM tidak akan berdiam! Kami akan terus mendedahkan apa yang sepatutnya perlu diketahui oleh rakyat Borneo untuk dinilai bersama, sama ada selama 51 tahun ini kita TELAH dilayan dan diperlakukan secara baik dan adil oleh kepemimpinan Malaya atau tidak?    Kumpulan NGO SSKM bukanlah golongan peribadi yang mempunyai capaian peribadi dalam politik Malaysia, sebab SSKM BUKAN membawa agenda parti politik, BUKAN mewakili parti-parti politik dan BUKAN menyokong mana-mana ideologi parti politik tempatan untuk diketengahkan. Golongan SSKM BUKAN orang-orang yang berprofail dan berstatus tinggi, BUKAN lahir dari acuan politik, BUKAN orang-orang kaya, BUKAN bekas-bekas banduan atau pesalah undang-undang, BUKAN berasal dari hutan belantara yang tidak tahu dan tidak mengenal huruf serta nombor. TETAPI YANG JELAS; Mereka ini sangat "Mengerti apa yang DIBACA dan FAHAM apa yang dilihat, dan dapat mencernakan mana buruk dan mana baiknya".

SSKM bukanlah penghasut/puak pemisah, tetapi membantu rakyat memberikan informasi berkenaan dengan Sejarah, Ekonomi, Pendidikan dan Pentadbiran Negara Sabah & Sarawak selama 51 tahun berada di dalam gabungan Persekutuan Malaysia yang telah dibentuk pada 16 September 1963. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...