Friday, 14 November 2014

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan tuduhan liar dan jahat oleh Teo Chee Kang (LDP)

Salam sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Salam Kemerdekaan Negara Sarawak kali ke-51 tahun. Saya Doris Jones, mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang bergerak dibawah naungan Kesatuan Sabah Sarawak (Sabah Sarawak Union - SSU), yang berdaftar secara SAH dibawah bidang Perundangan United Kingdom (UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan kenyataan tentang "Dalang SSKM dikenal pasti, tindakan selanjutnya akan diambil" yang dibuat oleh Menteri Sabah yang bernama Datuk Teo Chee Kang daripada parti tempatan Liberal Demokcratic Party (LDP), yang juga merupakan ahli komponen BN-Tanjong Kapor di Kudat dengan jawatan yang dipegang sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.


Disini, saya akan menyatakan kenyataannya dengan jelas yang disampaikan melalui petikan surat khabar Utusan Borneo yang bertarikh 14 November 2014, seperti berikut;

Dalam kenyataan menteri ini yang bertarikh 13 November 2014 ketika berada didalam sidang Dewan Undang Negeri (DUN) berkata bahawa dia dengan tegasnya mengatakan SSKM telah menimbulkan masalah dan mengganggu keharmonian masyarakat di negeri ini (Sabah) [1]. Selain itu, dia juga telah mengatakan bahawa isu SSKM ini dicetuskan oleh sebahagian kecil orang yang tidak bertanggungjawab [2]. Ditambah lagi dengan tuduhan mengatakan bahawa SSKM telah mengadakan Forum serta acara berjalan kaki menyambut Kemerdekaan [3]. 


Ahli LDP ini juga berkata bahawa "Walaupun perbuatan ini ditimbulkan oleh segolongan kecil masyarakat namun ia bersifat hasutan dan mencetuskan provokasi [4]. Jika ia tidak dibendung, isu ini dikhuatiri akan mengugat keharmonian antara wilayah dan mencabar Perlembagaan Negara serta mengancam Keselamatan negara" [5]. Akhir sekali dalam kenyataannya mengatakan bahawa "Perkara berkaitan SSKM itu hanya melibatkan sebilangan kecil kerana 'silent majority' tidak suka dengan apa yang sedang berlaku" [6].

Pertama [1], saya mohon ahli LDP ini untuk menperjelaskan dengan terperinci dengan fakta berbukti serta menyenaraikan jenis-jenis masalah dan gangguan keharmonian masyarakat apakah yang telah ditimbulkan oleh SSKM selama ini? Adakah dengan pendedahan fakta sejarah yang penuh dengan kepincangan, salahlaku, penyelewengan, penipuan, konspirasi selama ini yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dan UMNO, yang telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat Negara Sabah inikah yang sebenarnya telah menjadi masalah dan mengganggu keharmonian rakyat? Ataupun sebenarnya  mengganggu kedudukan pemimpin-pemimpin kerajaan serta kroni bn-umno?

Kedua [2], saya mohon penjelasan secara professional dan matang tentang tuduhan berkaitan dengan kenyataan "isu SSKM ini dicetuskan oleh sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab". Bukankah saya, sejak dua bulan yang lalu telah jelas mengatakan bahawa saya adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala pergerakkan dan aktiviti SSKM di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Dan atas sebab itulah saya juga telah mencabar Perdana Menteri Malaysia, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Polis Sabah untuk mendakwa saya di Makhamah United Kingdom (UK) yang mana cabaran dan mesej ini telah saya sampaikan melalui akaun Facebook peribadi saya. Mengapa? Sebab saya seorang yang bertanggungjawab.

Ketiga [3], tuduhan ahli LDP ini adalah satu FITNAH yang JAHAT dalam cubaan untuk mengaitkan aktiviti yang telah dijayakan oleh Borneo Heritage Foundation (BHF) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Sabah Kali Ke-51 Tahun dengan SSKM. Saya ingin menyatakan secara jelas dan rasmi bahawanya aktiviti tersebut tidak ada hubungan secara langsung mahupun tidak langsung dengan SSKM. Tidak ada kerjasama yang telah dilakukan sepanjang tempoh program itu dijalankan. Forum tersebut pula telah dianjurkan oleh pihak Progressive Institute Public Policy (PIPPA). Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa saya menyokong penuh kedua-dua program tersebut yang telah dijayakan atas kapasiti saya sendiri sebagai rakyat bangsa Negara Sabah kerana objektif program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran sejarah serta meningkatkan kecintaan rakyat terhadap Negara Sabah, Negara Sarawak dan juga Persekutuan Malaysia. Jelas tuduhan ini adalah cubaan untuk menipu rakyat Negara Sabah agar membenci program seumpama ini dilakukan dimasa akan datang. Bukankah anda sudah menghasut dan menipu dengan niat jahat?

Keempat [4], jikalau dengan mendidik rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak tentang sejarah sebenar yang asli tanpa sebarang tokok tambah dengan berlandaskan kepada fakta berbukti, disokong dengan dokumen-dokumen yang masih tersimpan di London itu dikategorikan sebagai "Hasutan" dan "Provokasi", maka saya mengakui akan kebenarannya dengan sepenuh hati. Ya, saya telah "Menghasut" dan membuat "Provokasi" kepada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang perkara ini agar mereka semua sedar dan bangun daripada tidur lena bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan nyata, siang dan malam, hidup dan mati tanpa sebarang halangan. Tetapi jikalau "tidak menghasut" itu menjadi pegangan definisi kepada penyebaran fitnah, penipuan, manipulasi fakta sejarah dan sebagainya, maka saya memutuskan untuk memilih dikategorikan sebagai seorang "Penghasut" dan "Provokater" demi kesedarang Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Kelima [5], saya ingin anda menjawab secara sejujurnya sebagai seorang anak watan bangsa rakyat Negara Sabah. Selama ini, siapakah yang sebenarnya telah mengugat Keharmonian Wilayah dan Perlembagaan Negara serta mengancam Keselamatan Negara? Jikalau anda jujur pada diri, anda seharusnya tahu perkara ini. Biar saya terangkan secara ringkas. Pemimpin malaya adalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab selama ini, yang telah mengugat keharmonian, perlembagaan dan keselamatan negara sejak diawal penubuhan Persekutuan Malaysia. Pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulu telah ditumbangkan dengan permainan politik kotor, licik dan jahat oleh  malaya, menghasut pemimpin-pemimpin tempatan untuk menggulingkan kerajaan dibawah kepimpinan pemimpin mereka yang mentadbir berdasarkan kepada konsep sebenar yang telah termaktub dalam perjanjian malaysia. Mereka juga telah mengubah perlembagaan negara dengan agresif sebaik sahaja Negara Singapura menarik diri daripada Persekutuan Malaysia. Keselamatan Negara Sabah sentiasa terancam selama dibawah pentadbiran Barisan Nasional dan UMNO. Mengapa? Kerana mereka ingin menakutkan rakyat bangsa negara Sabah agar sentiasa mengundi mereka untuk terus kekal mentadbir kerajaan Negara Sabah. Rusuhan Tersembunyi tahun 1986 di Kota Kinabalu dan Pencerobohan Tonduo itu sebenarnya didalangi oleh umno-bn. Adakah perkara seumpama ini pernah berlaku di Negara Sarawak? Tidak. Mengapa? Ini kerana Negara Sarawak tidak mempunyai umno mahupun campuran parti daripada malaya. Ini kerana Negara Sarawak ditadbir oleh komponen BN yang terdiri daripada Parti-Parti Tempatan yang Nasionalis. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada anda untuk merujuk pendedahan hasil kajian daripada En.Zainnal Ajaimain yang telah merungkai segala persoalan yang selama ini telah menjadi tanda tanya kepada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang status Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ia adalah satu kajian yang berjaya dan mesti diberikan penghormatan dalam menyelesaikan kefahaman tentang "Adakah Malaya telah Menyamar Menjadi Malaysia? (Is Malaya Masquerading as Malaysia?)". Jawapannya adalah YA. Klik link ini (http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/2014/11/defining-malaysia-is-malaya.html) untuk membacanya. Mohon En.Zainnal Ajamain agar dapat menyediakan versi dalam Bahasa untuk memudahkan pembacaan dikalangan mereka yang kurang faham dalam bahasa English.


Keenam dan yang terakhir [6], saya menyerahkan perkara ini ditangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Sama ada mereka menentang perjuangan ini, itu hak mereka. Begitu juga dengan mereka yang menyokong perjuangan ini adalah hak mutlak mereka. Tiada sesiapa yang berhak untuk mengatakan bahawa rakyat menentang perjuangan seperti ini mahupun menyokong. Ini kerana sejarah Negara Sabah sejak dahulu telah dan sudah membuktikan dengan nyata bahawa kerajaan yang telah menindas rakyat akan berakhir serta-merta apabila rakyat sudah benar-benar bangkit. Saya tidak menafikan bahawa ramai yang menentang namun majoriti yang menyokong melalui pandangan dan pemerhatian saya secara peribadi. "Silent Majority" adalah raksasa yang amat digeruni oleh mana-mana kerajaan. Adakah anda yakin bahawa "Silent Majority" ini berada dipihak kerajaan? Kita bersama-sama nantikan kemunculan mereka pada PRU-14.

Saya tidak menafikan bahawa gangguan daripada pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong bn-umno kini semakin rancak namun pada masa yang sama juga kebangkitan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak juga semakin  bertambah rancak sehingga mereka berbangga dan tida takut untuk memberikan keterangan di Balai Polis. Jika ditangkap, bagi mereka, hidup dan mati hanya sekali. Jikalau mati, biarlah mati sebagai seorang Pejuang Bangsa dan bukan sebagai seorang Pengkhianat yang menjahanamkan Bangsa dan Negara. 

Harap Maklum.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...