Pihak Admin ingin mendedahkan satu rahsia yang besar sedang berlaku di Kota Belud. Adun Kota Belud ialah salleh keruak dan ahli Parlimen ialah rahman dahlan.
Maklumat rahsia ini telah disampaikan oleh orang-orang pbrs, pbs, upko dan umno sendiri melalui Private Message Facebook Page ini. Nama terpaksa dirahsiakan untuk melindungi mereka.
Mesyuarat demi mesyuarat rahsia kerap diadakan di Kota Belud yang mana ia dianggotai oleh salleh keruak, rahman dahlan, dan ahli-ahli komponen bn seperti yang dinyatakan diatas tadi.
Tujuan pendedahan ini adalah kerana mereka yang terlibat dalam perancangan ini berasa bersalah serta berdosa untuk melaksanakan permainan kotor umno yang diketuai oleh rahman dahlan dan salleh keruak.
Berdasarkan maklumat daripada pihak yang memberikan informasi ini, salleh keruak dan rahman dahlan berpakat untuk tidak melakukan sebarang pembaikan pulih jalan raya, infrastruktur di Kota Belud untuk ketika ini. Ini kerana mereka hanya akan melakukannya ketika menjelang pilihan raya untuk menipu dan mengaburi mata-mata orang Kota Belud yang majoritinya berbangsa Bajau dan Dusun.
Mereka juga telah berpakat untuk meminta peruntukkan untuk membina perumahan PPRT untuk orang Kota Belud untuk dijadikan umpan meraih sokongan ketika mengundi. Bagaimana? Kononnya, jikalau mereka yang mengundi bn-umno iaitu dengan mengekalkan rahman dahlan sebagai ahli parlimen dan salleh keruak sebagai ahli DUN Sabah, nama mereka akan disenaraikan untuk menerima bantuan perumahan PPRT. Sedangkan itu adalah umpan mereka untuk memperbodohkan orang Kota Belud. Ini kerana mereka katakan Orang Dusun "Senang Disusun" dan Orang Bajau "Senang Ditapau".
Ahli-ahli komponen bn yang menghadiri mesyuarat rahsia tersebut berasa tersinggung namun terpaksa bertahan telinga.
rahman dahlan dan juga salleh keruak merancang untuk memberikan pancingan duit sebanyak RM1500 untuk setiap seorang (daripada etnik Bajau SAHAJA) yang mengundi bn-umno dan RM150 kepada etnik Dusun. Tersinggung dengan permainan duit yang tidak adil untuk meraih undi untuk pru 14 ini telah membuatkan mereka nekad untuk membocorkan perancangan strategi ini agar bn-umno dapat ditumbangkan.
Kata mereka "untuk apa mengangkat pengkhianat bangsa ini menjadi pemimpin Negara Sabah? mereka ini telah menjangkiti penyakit khianat mereka kepada kami. Ini kalilah bn-umno mesti tumbang!"
Untuk pengetahuan umum, rahman dahlan dan salleh keruak kini sangat aktif bergerak ke sana dan ke sini untuk mengugut serta menakutkan rakyat. Baru-baru ini, rahman dahlan telah pergi ke ums dan mengugut pelajar-pelajar ums untuk tidak mempercayai kata-kata Pejuang Nasionalis Negara Sabah. Dia juga menakutkan pelajar dengan ugutan digantung serta dibuang pengajian. Di Kota belud pula, mereka aktif membuat lawatan ke sekolah-sekolah dan masuk ke kampung-kampung untuk menyebarkan kebencian terhadap Datuk Dr.Jeffrey dan kumpulan Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah yang rancak dan aktif bergerak di seluruh pelusuk Negara Sabah.
rahman dahlan dan juga salleh keruak telah menunjukkan kebencian serta kemarahan terhadap Doris Jones kerana pendedahan beliau telah membuka keburukan umno-bn yang telah menyebabkan kini bn-umno dilabelkan sebagai parti pengkhianat dan penjajah. Sememangnya itulah realitinya namun rahman dahlan dan salleh keruak berusaha untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana takut periuk nasi terjejas.
Ugutan demi ugutan telah disebarkan ke seluruh kota belud. Mereka percaya bahawa dengan ugutan tersebut etnik Dusun akan tersusun rapi dan etnik Bajau akan dapat ditapau semua untuk pru14.
Setelah perkara ini didedahkan, adakah anda semua mahu berdiam? Apakah anda etnik Dusun ini senang disusun dan etnik Bajau senang ditapau? jikalau anda berasa marah akan pengkhianatan rahman dahlan ini, maka sebarkan kepada semua orang kampung di Kota Belud agar tidak termakan pancingan Pengkhianat-pengkhianat ini...
ahli-ahli komponen bn daripada pbs, pbrs serta upko yang hadir pada mesyuarat-mesyuarat sebelum ini terpaksa mengikut rentak permainan rahman dahlan dan juga salleh keruak demi menjaga periuk nasi mereka. Mereka juga bersedia untuk menafikan sekeras-kerasnya jikalau dituduh membocorkan info ini. Siapakah mereka-mereka yang mendedahkan maklumat ini? Mereka adalah golongan pemimpin yang mahu kembali kepada Perjuangan untuk Memartabatkan Bangsa Negara Sabah... Akhir kata mereka, "seburuk-buruknya parti tempatan, lebih buruk lagi parti-parti malaya (umno, mca, gerakan, pas, dap, pkr)..."
Sebarkan...
Source: Remove Musa Remove Umno
0 comments :
Post a Comment