Kejayaan Scotland menjalankan referendum 'YES' Scotland walaupun hampir berjaya tetapi tewas tipis kepada kempen 'NO' telah membuka mata banyak pihak bahawa usaha 'self-determination' tidak mustahil dengan menggunakan undang-undang tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku..
Di Sabah dan Sarawak, semakin ramai pejuang asli bersuara menuntut perkara yang sama dan jelasnya ingin menerusi undang-undang sedia ada.
Malangnya bila ingin ikuti lunas undang-undang pihak regim persekutuan pula melabelkan pejuang-undang nasionalis ini sebagai puak pemisah dan cuba memberi gambaran-gambaran buruk kepada rakyat persekutuan Malaysia keseluruhannya bahawa pejuang-pejuang nasionalis yang bersuara menuntut hak dan menyebarkan kebenaran ini sebagai perosak perpaduan.
Kini, usaha sebegini pastinya semakin mendapat sokongan terutamanya daripada golongan belia yang rata-ratanya dapat menyelami keadaan sebenar penderitaan rakyat Sabah dan Sarawak.
Teruskan bersuara, segalanya telah terbukti dengan mengangkat kebenaran ke aras yang tertinggi mudah-mudahan para pendokong pendustaan dari regim Malaya termasuk penjual maruah yang bertebaran di tanah tumpah kita di Borneo akan dapat dihancurkan dan mendapat balasan setimpalnya samada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Teruskan bersuara, sebarkan dan didikkan lah rakyat tentang kebenaran sebenar.
Sabah for Sabahan.
0 comments :
Post a Comment