Friday, 19 September 2014

Isma: Terlajak kata, badan binasa

Warga Sabah Sarawak berpendapat Isma hilang fokus

KUCHING: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) digesa supaya tidak terlajak kata dalam membicarakan sebarang isu tanpa memikir kesannya ke atas warga Sabah dan Sarawak.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman telah mempertahankan pendirian beliau dan menuduh FMT memutar belit kenyataan beliau.

Kenyataan beliau ditemplak oleh warga Sabah Sarawak yang merasakan mereka dibodohkan dengan kenyataan Isma. Tinjauan FMT melalui Facebook mendapati warga Sabah Sarawak menyifatkan Isma sudah terlajak kata.

“Apa yang ada dalam hati, akan keluar melalui mulut, kenyataan sudah dibuat, ‘jika tidak suka Malaysia, keluar!’ dengan isu Allah. Sabah Sarawak sememangnya tidak suka.. Sebab ia adalah satu diskriminasi agama yang ketara di Malaysia.. Dan lebih malang lagi, pemimpin Malaysia dari Umno masih mendiamkan diri?,” ujar Suzie Kulleh

Jordan David James, pula berkata: “Eh, takut? Hari itu bukann main lagi suruh orang berhijrah.. Bila orang nak, siap nak angkut Borneo sekali.. Kenyataan keluar, beliau menjawab semula kenyataa beliau kena putar belit?”

Sementara itu, Lily Bans berpendapat: “Saya tak nak terus berada dalam Malaysia, siapa yang nak tinggal berkelompok dengan orang yang perasan hebat?”

Sebelum ini, Abdullah Zaik dalam www.ismaweb.net telah menggesa orang Islam sedar bahawa perjuangan mendaulatkan Islam belum berakhir.

Beliau juga lupa bahawa warga Sabah Sarawak majoritinya bukan Islam malah pada masa yang sama mempelawa orang Kristian Sabah dan Sarawak berpindah ke mana-mana negara kalau sudah lagi tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja.

Warga Sabah dan Sarawak sudah penat dengan permainan politik Malaysia.

`Kami tak boleh terima’

“Sabah dan Sarawak adalah tanah air dan tanah kelahiran kami. Bagaimana mahu menjelaskan jika kami nyatakan bahawa kami tidak boleh menerima apa yang kamu lakukan.

“Perlukah kami berpindah ke negara yang bukan tempat asal kami. Kami orang Borneo. Maka langkah terbaik memindahkan orang Borneo yang tidak boleh terima ini adalah ‘Keluar Malaysia’. Win2 situation. Objektif kamu tercapai, kami terbebas.” ujar Petpredos Fredo

Sementara itu, Michael D’Great menjelaskan bahawa: “Kita dah lama duduk dalam Malaysia. Taat kepada Raja dan negara serta menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

“Tetapi kenapa gubal undang undang mengharam kami menyeru Allah, sedangkan perkataan itu berasal dari perkataan Arab dan di kongsi bersama. Cakap Melayu keliru…pernahkah ada orang Kristian bawa mana mana Melayu ke gereja?

“Pernah Kristian bentangkan Injil depan mana mana Melayu untuk dibaca. Bukan ke ini satu penghinaan biarpun kami dah menghormati Islam.Sedang Emiriyah Arab Bersatu sendiri mengeluarkan kenyataan, kekesalan tindakan mahkamah rayuan,” tambahnya.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...