Group SSKM ini yang pada mulanya setakat "takkan ke mana" ini telah berkembang daripada "Open group" yang kecil, kemudian membentuk "Closed" group dan tetap utuh berkembang sehingga ke hari ini. Group lama SSKM telah di "HACKED" dan kini berpindah ke Group Baru tetap berjaya dan juga apa yang disebarkan semakin kuat dihati rakyat Negara Sarawak dan juga rakyat Negara Sabah khususnya dikalangan Generasi Muda. Ini kerana masa depan adalah ditangan golongan ini.
KEBENARAN TETAP UTUH
KEBENARAN TETAP UTUH
Warga Negara Sarawak dan Negara Sabah, hari ini semakin banyak yang telah sedar akan hak mereka kerana SSKM yang pada tahun 2011 hanyalah group yang dianggap "omongan kosong" (borak kosong) telah berjaya menarik hati Generasi Muda di kedua-dua Negara Borneo untuk menyangangi kembali Negara mereka iaitu Negara Sarawak dan Negara Sabah.
Kami yang sudah lama berada bersama SSKM dari zaman awal penubuhannya, melihat betapa derasnya orang luar mahu memfitnah dan menjatuhkan usaha murni SSKM tapi SSKM tetap utuh dan kukuh sehinggalah misi dan objektifnya tercapai. Makin banyak anak watan Negara Sarawak dan Negara Sabah yang semakin mendapat banyak maklumat sebenar sejarah tanah air negara mereka masing-masing yang tidak mungkin diajar mahupun didedahkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaya yang telah menyamar menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk satu tempoh yang lama iaitu 51 tahun.
Group yang telah berkembang lagi maju wujud selepas munculnya SSKM. Sebelum SSKM, ada juga group begini tapi tidak berjaya menarik perhatian dan sokongan Generasi Muda. Tetapi dalam SSKM, kami bukan berhujah kosong, tapi disokong dengan bukti yang berfakta. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik seperti group yang lain yang hanya memperjuangkan politik mereka kerana mereka rasa dengan politik mereka, Negara Sarawak dan Negara Sabah boleh merdeka.
SSKM berpegang pada perjuangan membawa segenap pelusuk rakyat Negara Sarawak dan Negara Sabah untuk merdeka. Tiada halangan dari segi politik dan agama mahupun etnik. SSKM mahukan semua orang SEDAR bahawa didalam mereka mengejar matlamat parti, matlamat sebenar yakni MERDEKA kita semakin disisih dan dipinggirkan.
By Muhammad Amirul Ismail
2 comments :
Jom promosi web ni. Harapan cuma pada anak muda. Yang tua otak sdah kena brainwash oleh politik semenanjung. Semua YB kita boneka. Sia-sia Mat Salleh, Rentap dan Aki Antanum mati kalau kita sampai sekarang masih dijajah. Kita bangsa berani. Headhunter. Sekarang sudah jadi bangsa bodoh oleh Malaysia. Kalo perlu mati, sekaranglah masanya. Thanks Doris Jones. Teruskan usaha. Kita sedarkan Pribumi Sabah yang kita ditindas dan Negara Sabah Sarawak mesti MERDEKA dari MALAYA.
terlalu banyak perkara yang harus diketengahkan sskm dalam perjuangan anda untuk kami.
financial, bagaimana dengan pelabur2 yang sedia ada,nharus di ingat,kita tidak memiliki Bank of Borneo yang tidak di kawal oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh dengan cara kewangan mengekang kita dari sego kewangan kerana kita menggunakan mata ringgit (currency) yang sama iaitu ringgit dan ini akan semestinya menyebabkan rakyat menjadi 0 atau tidak memiliki apa-apa dan saya percaya ini terutamanya akan memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara yang mana ianya memberi kesan kepada pelaburan dalam. Kadar inflasi akan terumbang ambing sekiranya ini tidak di jaga terlebih dahulu. Ini adalah salah satu faktor, dan banyak lagi faktor lain yang harus di ambil kira, kita harus mula memikirkan perkara seperti ini daripada berjuang atas dasar benci kita,atau ketidak sukaan kita terhadap ketidak adilan yang telah lama berlaku di negara kita.
Post a Comment