Terlalu banyak berita diluar sana yang cuba menghasut rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak untuk membenci perjuangan menuntut Hak Mutlak Negara Sabah dan Negara Sarawak. Malah ada juga rakyat yang bersetuju dan cuba menghalang perjuangan ini yang sebenarnya berusaha untuk menyelamatkan masa depan generasi mereka.
Dalam konteks ini, siapakah yang sebenarnya menghasut? Jikalau benar takut akan perkara ini berlaku daripada menjadi realiti, mengapa sehingga sekarang tiada usaha untuk mengkaji semula perjanjian malaysia? Andai kata pihak kami bersalah, kami dengan bermaruah akan mengundur diri serta menyerahkan diri di Balai Polis. Tetapi selagi perkara ini tidak mendapat pembelaan di peringkat antarabangsa, maka pihak kami tidak akan sesekali berganjak daripada perjuangan ini.
Ugutan yang kini dilakukan oleh ketua polis negara samseng serta pemimpin-pemimpin malaya termasuk pemimpin-pemimpin tempatan di Negara Sabah dan Negara Sarawak (barua malaya) langsung tidak mengentarkan semangat perjuangan ini. Apa yang berlaku hanyalah senyuman sinis terukir dan ketawa sebab kelucuan apabila melihat perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh seorang yang sepatutnya dihormati tetapi dipihak kami ia adalah disebaliknya.
Ini bukan zaman 60an yang mana anda boleh menakutkan rakyat dengan amaran ataupun ancaman. Perjuangan ini melibatkan nyawa dan masa depan bangsa Borneo. Pihak kami mempunyai Tanggungjawab Moral untuk berdiri dan berjuang untuk mempertahankan Hak serta Kebenaran yang selama ini telah dinodai dan diperkosa oleh kepimpinan pemimpin-pemimpin malaya dan tempatan (barua malaya) tanpa sebarang arahan daripada mana-mana pihak kerana ia adalah Panggilan Nasionalisme untuk melindungi masa depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tanpa mengharapkan sebarang habuan, pangkat ataupun nama.
Pihak kami juga bukan seperti pemimpin-pemimpin dahulu yang begitu lantang bersuara tetapi akhirnya kini telah menjelma menjadi kerbau-kerbau diladang ternakan malaya.
Jangan fikir kami akan tunduk kepada sebarang propaganda rasis dan permainan perlagaan keagamaan kerana kami tidak akan sesekali tergugat. Ini kerana kami terdiri daripada pejuang-pejuang yang berbeza agama tetapi mempunyai hormat yang tinggi antara satu sama lain. Perkara ini adalah cukup matang untuk ditangani oleh bangsa Borneo di Negara Sabah dan Negara Sarawak.
Perjuangan kami adalah mengikut lunas undang-undang tanpa melakukan sebarang gangguan kepada orang awam, ancaman fizikal, kerosakan fasiliti kerajaan mahupun huru-hara. Namun apa yang dapat dilihat sekarang, nampaknya malaya seperti sedang merancang sesuatu untuk menimbulkan huru-hara dan perlagaan perkauman agar mereka boleh menuduh pihak kami menjadi punca keatas segala perkara ini. Dan dengan itu, mereka akan menjustifikasikan tindakan mereka konon-kononnya adalah atas dasar kepentingan negara.
Sebelum perkara itu benar-benar berlaku, pihak kami terlebih dahulu ingin MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA bahawa PIHAK KAMI TIDAK AKAN SESEKALI MENIMBULKAN SEBARANG RUSUHAN ATAU DEMONSTRASI HARAM. Pihak kami hanya memungut tandatangan tanpa paksaan melalui petisyen untuk dijadikan sokongan dan bukti kepada perjuangan kami.
Sebarang dakwaan terhadap kami amat dialu-alukan kerana diakhir kepada dakwaan tersebut, pihak kami akan mematahkannya didalam makhamah.
Mesej ini adalah sebagai nasihat kepada kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia. Jangan cakap besar dan jangan berlagak seperti Sabah dan Sarawak ini milik anda. Milik anda adalah di malaya dan bukan di Borneo!
Perjuangan ini disertai dengan nyawa kami. Sebarang ancaman kepada perjuangan ini bermakna ia juga ancaman kepada nyawa kami dan sudah tentulah pihak kami akan berusaha untuk melindungi perjuangan ini daripada ia terhenti oleh pihak yang berniat jahat.
Didalam Kedaulatan Kami Bernafas, Didalam Perpaduan Kami Percaya
In Sovereignity We Breathe, In Unity We Believe
Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero
0 comments :
Post a Comment