Thursday, 27 November 2014
Thursday, November 27, 2014
Doris Jones
,
Independence
,
Nationalist
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
,
SSKM
No comments
Biar badan rebah ke bumi sebagai seorang pejuang, tetapi tidak sesekali rebah sebagai seorang pengkhianat bangsa!!! NOKTAH!
Sedarilah semua bahawanya ketiga-tiga perkara ini telah dan masih sedang dilakukan oleh malaya keatas bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. SSKM-SSU(UK) menentang usaha mereka dengan membawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk tidak lagi bersekutu dengan malaya dalam persekutuan malaysia ini.
Sememangnya hak untuk menarik diri daripada persekutuan ini adalah HAK MUTLAK KITA! Mengapa malaya mahu menyekat niat kita? Siapakah mereka yang mahu mencampuri hak kita?
Dalam saat ini, mereka berusaha untuk menimbulkan dan memunculkan raksasa ketakutan agar kebangkita ini terbantut. Tetapi pihak SSKM-SSU(UK) katakan kepada anda semua... Jikalau anda takut untuk menuntut hak anda sendiri maka anda sudah kehilangannya sebelum berjuang. Namun, jikalau anda berani berjuang walau apapun jua aral melintang dihadapan, nescaya kemenangan sudah mula bersinar dan kita mampu tersenyum kerana kita tahu perjuangan ini bukan untuk diri kita semata-mata tetapi adalah untuk generasi masa depan kita iaitu anak-anak kecil anda sekarang dan bagi mereka yang bakal berkeluarga nanti.
Jikalau anda takut untuk bergerak dalam satu langkah kebangkitan untuk kali ini maka anda sudah terlepas untuk bersama-sama berjuang untuk anak-anak anda, untuk generasi masa depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Apakah anda semua mahu diperkatakan sebagai "penumpang" kepada kejayaan nanti? Dimanakah maruah anda yang mempunyai kekuatan fizikal yang sihat tetapi penakut untuk berdiri untuk hak anda?
Perjuangan ini sememangnya bukan melalui kekerasan tetapi HANYA melalui saluran demokratik, menurut undang-undang tetapi malaya mahu berusaha melabelkan usaha ini sebagai "berbahaya" dan mesti dibenteras. Mereka telah lupa bagaimana mereka telah bersusah-payah mendapatkan kemerdekaan daripada British. Mereka tidak suka dijajah namun mereka telah melakukan perkara yang dibenci oleh mereka kepada kita, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak...
Adalah tidak menjadi kesalahan bagi kita yang berdiri di bumi yang nyata ini untuk menuntut Hak dan Kebenaran Bangsa kita bahawanya tiada sesiapa yang dapat menghalang Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk Merdeka. Sememangnya kita hanya mahu mengembalikan kedudukan asal kita sebagai Negara yang Berdaulat tanpa campur tangan orang asing.
Kita bakal mencatatkan sejarah dalam buku sejarah Negara Sabah dan Negara Sarawak bahawa kerajaan malaya telah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak mungkin kita mampu lupakan biarpun sudah berkurun generasi yang akan meneruskan kelangsungan di bumi Borneo ini bahawanya malaya adalah Penjajah yang Tidak berperikemanusian!
Marilah kita bersama-sama bangkit dengan berani dalam satu langkah barisan yang serentak dengan dada yang tegak dan memandang kedepan dengan segak bahawa mereka mungkin boleh mengancam keselamatan dan nyawa para pejuang bangsa Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak namun mereka TIDAK MAMPU MENGANCAM SEMANGAT NASIONALISME BANGSA BORNEO UNTUK MEMERDEKAKAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK DARIPADA CENGKAMAN PENAJAJAHAN MALAYA YANG HINA INI.
Biar nyawa rebah ke bumi sebagai seorang pejuang, tetapi tidak sesekali rebah sebagai seorang pengkhianat bangsa!!! NOKTAH!
Sebarkan...
Haram semua kempen bawa keluar Sabah, Sarawak dari Malaysia, kata Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan semua pertubuhan yang berkempen membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia adalah haram, susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan.
Menteri dalam negeri itu berkata, kementerian sudah mengambil langkah membatalkan semua pertubuhan yang terlibat dalam kempen tersebut.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah ambil langkah membatalkan dan mengharamkan semua pertubuhan yang pemimpinnya berkempen di Sabah dan Sarawak mahu (membawanya) keluar dari Malaysia.
"Pendaftar Pertubuhan sudah mengazetkan (sebagai haram) semua nama pertubuhan berkenaan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini semasa Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung tiga hari mulai hari ini.
Mengenai pengumuman Najib, yang juga presiden Umno, hendak mengukuhkan akta itu termasuk mendakwa mereka yang terlibat dalam kempen tersebut, Zahid berkata, KDN akan mengambil tindakan sebaik ia berkuatkuasa.
"Jika akta ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira dua perkara tadi, maka KDN melalui Polis Diraja Malaysia akan ambil tindakan," kata Zahid yang juga naib presiden Umno.
Najib semasa ucapan dasar hari ini secara terbuka mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan terus dikekalkan dengan dua penambahbaikkan.
Ia akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. – 27 November, 2014.
Thursday, November 27, 2014
anti-SSKM
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
,
SSKM
No comments
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat blog rasmi SSKM-SSU(UK)
zulkarnian mohd yassin, pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghantar surat "RAHSIA" kepada semua Syarikat Internet Service Provider (ISP) untuk menyekat blog rasmi SSKM. Kini, TMnet telah secara rasmi menyekat blog SSKM-SSU(UK) yang menggunakan alamat blog ini “http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/”. Walau bagaimanapun, pihak SSKM-SSU(UK) telah menerima bantuan teknikal tentang bagaimana untuk membolehkan blog ini terus diakses oleh orang awam. Caranya ialah JANGAN MENGGUNAKAN ".COM". Tukarnnya kepada perkataan hujung yang telah disediakan oleh pihak SSKM-SSU(UK) dibawah ini.
Oleh itu, pihak SSKM-SSU(UK) telah menyediakan 26 senarai links lain yang boleh masuk ke blog SSKM-SSU(UK). Sila pilih saja mana satu yang anda ingin gunakan. Dan mohon anda semua untuks sebarkan...
Sila merujuk artikel ini untuk memahami keadaan yang sebenar dan cara yang lebih advance untuk mengatasi sekatan oleh SKMM yang dikawal oleh bn-umno di Blog SSKM akan/telah disekat??? dan Proxy Website To Access Blocked Website. Blog ini juga Sabah and Sarawak Rights boleh dijadikan tempat untuk anda memahami keadaan yang sebenar. Mohon sebarkan...
Sebarkan...
Tuesday, 25 November 2014
Tuesday, November 25, 2014
Agreement of Malaysia
,
Doris Jones
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
History
,
malaya
,
Nationalist
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
No comments
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) terhadap kenyataan Wan Junaidi Tuanku Jaafar tentang usaha untuk mengekstridasi Doris Jones daripada UK
Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya, Doris Jones mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang bergerak dibawah naungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK yang telah berdaftar dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan daripada Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seorang menteri kerajaan persekutuan malaysia yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, juga merupakan seorang ahli parlimen di Santubong, Negara Sarawak telah menyatakan bahawa "Putrajaya Akan Berusaha Untuk Mengektradisikan (membawa pulang atas kesalahan jenayah) Pemisah-pemisah Di United Kingdom".
Antara kenyataannya dalam berita online di The Malaysian Insider adalah "terlalu sedikit laporan yang telah dibuat dibalai polis untuk menentang kumpulan tersebut dan menyarankan semua orang awam untuk membuat laporan polis. Setelah itu, kertas penyiasatan akan dibuka dan tindakan akan diambil berdasarkan kepada undang-undang"[1]. Ditambahnya lagi "Dengan itu, baru proses ekstradisi (proses mengeluarkan daripada UK ke malaysia) dapat dilakukan. Untuk melakukannya juga, kita mesti mengenal pasti apakah kesalahan jenayah yang telah dia lakukan disini adalah mesti sama seperti yang dilakukannya disana (UK)"[2]. Selain itu juga, wan junaidi mengatakan bahawa "hanya segelintir orang sahaja yang menyokong cakap-cakap perpisahan ini dan tidak mustahil untuk berdepan dengan mereka ini yang telah lari ke England"[3]. Akhir sekali dalam kenyataanya mengatakan "dia berasa sangat yakin bahawa rakyat Sabah dan rakyat Sarawak akan melihat pembangunan yang pesat dalam beberapa tahun yang akan datang nanti seperti mana yang telah dialami di malaya"[4].
Pertama [1], tidakkah keadaan tersebut sudah memberi mesej yang sangat terang jelas lagi bersuluh bahawa perjuangan SSKM-SSU(UK) telah mendapat sokongan penuh dalam diam oleh rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak? Membuat laporan hanyalah apabila sesuatu keadaan itu telah mengugat keselamatan diri, keluarga dan yang berkenaan dengan keamanan. Namun, seperti yang anda sendiri akui, "terlalu sedikit" laporan polis telah dibuat ini kerana perjuangan SSKM-SSU(UK) bukanlah satu ancaman kepada diri, keluarga mahupun keamanan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini kerana, perjuangan ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak secara menyeluruh untuk sekali dan selamanya daripada terus ditindas secara halus oleh kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia melalui dasar-dasar yang tidak adil dan penuh dengan niat yang sangat jahat, kotor, hina dan menjijikkan. Sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai timbalan menteri sahaja, tidakkah anda berasa malu untuk memaksa secara lembut kepada orang awam untuk membuat laporan polis kepada perjuangan yang mengangkat Maruah dan Martabat Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Akta hasutan 1948 merupakan akta yang telah digunapakai oleh kerajaan British semasa zaman penjajahanya di malaya. Akta tersebut seharusnya TIDAK BOLEH digunapakai kepada rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak kerana Negara Sabah dan Negara Sarawak hanya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan bukan menyertai persekutuan tanah melayu yang ditubuhlan pada 31 Ogos 1957. Dengan itu, sebarang akta sebelum tahun 1963 seharusnya tidak SAH untuk dikuatkuasakan kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru seharusnya dibuat segera walaupun pada awalnya pemimpin-pemimpin negara Sabah dan negera Sarawak bersetuju untuk menggunakan terlebih dahulu perlembagaan persekutuan tanah melayu namun seharusnya satu perlembagaan baru yang asli untuk persekutuan malaysia dibuat berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
Kedua [2], saya tidak melihat sebarang kesalahan yang telah saya lakukan di Negara Sabah, Negara Sarawak mahupun di England. Adakah dengan memberitahu kebenaran sejarah yang berfakta dan berbukti itu satu kesalahan dan jenayah berat yang sehinggakan boleh ditangkap seperti seorang pembunuh kejam? Tidak hairanlah mengapa kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia ini telah mengalami keadaan yang amat menyedihkan yang mana semakin hari keadaan bertambah merunsingkan dengan adanya kepimpinan seperti wan junaidi yang tidak mampu menyelesaikan keadaan ini dengan baik. Pihak SSKM-SSU(UK) sudah berulang-kali menerangkan, mengkongsikan keadaan yang sebenar tentang kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang sebenar bahawanya kita (bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak) adalah rakan kongsi yang sama status dalam persekutuan malaysia ini telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan menurunkan status daripada "Negara" kepada "Negeri". Malah, kini kita sebenarnya telah dijajah secara tidak sedar dalam bentuk penjajahan zaman moden. Adakah dengan kenyataan seperti ini tidak benar? Mungkin tidak, kerana anda berpihak kepada malaya untuk terus bersengkongkol untuk menjahanamkan bangsa sendiri. Setelah mengetahui keadaan ini, tindakan anda ialah mahu menutup mulut saya serta berusaha untuk melabelkan diri saya sebagai seorang yang "sangat berbahaya" agar anda dan kerajaan "malaysia" akan menangkap saya kononnya atas dasar kepentingan negara. Realitinya bukan disebabkan oleh negara tetapi adalah untuk menyelamatkan dan mengelakkan kebenaran tentang salah-laku pemimpin-pemimpin bn-umno selama ini daripada terdedah kepada rakyat umum, khususnya kepada bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak.
Ketiga [3], sekali lagi saya serahkan perkara ini ditangan bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak untuk memutuskannya. Sama ada mereka yang menyokong perjuangan SSKM-SSU(UK) ini terdiri daripada sejumlah bilangan kecil ataupun besar, mereka sahaja yang lebih tahu. Dan satu perkara yang menghairankan saya ialah mengapa sejumlah kecil "mereka" yang menyokong perjuangan ini seperti mana yang anda katakan dengan penuh "yakin" boleh mampu mengugat serta mengancam keamanan? Dimanakah logiknya? Atau adakah sebenarnya perjuangan ini telah "mengugat keamanan bn-umno" untuk terus merampas harta kekayaan Negara Sabah dan Negara Sarawak melalui penjajahan halus ini?
Keempat [4], kenyataan ini tidak jauh beza dengan khairy jamaluddin. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini pada kenyataan rasmi kepada khairy bahawa kata-kata ini hanya berupa kenyataan biasa yang tidak pernah disusuli oleh tindakan yang serius. Kini, 51 tahun sudah berlalu namun pembangunan ekonomi khususnya di Negara Sabah dan Negara Sarawak jauh ketinggalan berbanding dengan di malaya. Ini dapat dibuktikan lagi dengan migrasi anak-anak muda bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak yang ramai ke malaya hanya mampu bekerja sebagai kelas bawahan sahaja (majoriti) di kilang-kilang perindustrian, pelabuhan, hotel, kelab dan sebagainya. Manakala bangsa malaya yang datang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak ada seorang pun yang bekerja sebagai kelas bawahan seperti pertukangan di sektor industri perkilangan yang ada di kedua-dua negara ini di Borneo. Mereka majoritinya bekerja sebagai kelas "kolar putih". Kenyataan seperti ini bukan berniat untuk menimbulkan perbezaan namun inilah sebenarnya realiti yang dilihat secara menyeluruh. Anda boleh menafikannya sekeras-kerasnya dakwaan ini namun ini semua sebenarnya pengakuan daripada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak yang tertindas selama 51 tahun.
Akhir kata, saya memohon maaf atas kenyataan ini yang berbunyi kasar untuk dibaca apatah lagi untuk didengari namun ia perlu dan mesti dikatakan dengan jelas. Sudah cukup 51 tahun rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak berbudi bahasa, berlembut serta bersopan-santun dengan pemimpin-pemimpin malaya. Namun, keadaan tersebut tidak akan pernah berlaku lagi pada zaman ini. Kerana masanya telah pun tiba untuk berhenti berdiam. Tiada masa untuk berputus asa dalam perjuangan ini kerana ia sebenarnya baru bermula.
Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero
Harap Maklum.
Why the cops are not looking for RPK
They have no way of taking him from Britain to face charges in Malaysia.
Recently, The Ant Daily carried an article in which the writer asked why the cops were looking for Alvin Tan and not for Raja Petra Kamarudin (RPK), the blogger who is living in exile in Britain.
Actually, the police know where RPK is but have no way of taking him back to Malaysia to face charges of sedition and criminal defamation.
“Back in 2009, not long after I left Malaysia, the police met with officials of the British High Commission to discuss the possibility of extraditing me,” RPK told FMT in a recent interview.
“The High Commission called my lawyers and asked for a detailed report on the matter, which my lawyers gave and which was sent to the British Home Office in London.
“Also in 2009, in the British Parliament, an MP raised the matter of my presence in the UK and the Malaysian extradition request, and the Home Minister gave a reply.”
Basically, the reply was that RPK was in the UK on his Malaysian passport but since he was born in England he was granted Right of Abode back in the 1980s. Hence he does not require a visa and can stay in the UK indefinitely.
On the matter of his extradition, there is no extradition treaty between Malaysia and the UK. “But that has not stopped the Malaysian government from applying for my extradition,” he said.
The extradition application must be done in a UK court. One of the key ingredients of an extradition application is dual criminality. That is in fact the first test to pass. Dual criminality means the crime or crimes that RPK was alleged to have committed in Malaysia must also be crimes in the UK.
RPK faces four charges of sedition and criminal defamation in Malaysia, but the UK abolished those laws on Jan 1 2010. That means the Malaysian government cannot extradite him.
So the issue is not that the Malaysian police do not know where RPK is. They do. And it is not that they did not attempt to extradite him back to Malaysia. They did.
The issue here is that under the dual criminality clause, UK laws do not allow his extradition if it is to face sedition and criminal defamation charges. And the same would apply if RPK was facing a charge of sodomy because in the UK gay sex between consenting adults is not a crime.
Tuesday, November 25, 2014
anti-SSKM
,
England
,
International
,
Nationalist
,
News
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
,
UK
No comments
Extradition of secessionists no easy task!
What’s an offence in Malaysia may not be an offence abroad.
KUALA LUMPUR: Putrajaya would like to extradite Sabahans and Sarawakians, living abroad, who are instigating secession of their homelands from the 1963 Federation of the two Borneo nations with the peninsula but has run into snags.
Deputy Home Minister Wan Junaidi Jaafar, who is from Sarawak, gave this reply in Parliament in response to a question from Silam MP Datu Nasrun Datu Mansur, and added that “what’s an offence here, may not be an offence there”.
“Extraditions between two countries require the element of double criminality.”
Malaysia has no extradition treaty with the UK, for example, and the latter has also abolished its own Sedition Act, a law which it introduced in Malaya in 1948, he pointed out.
“We have good relations with the authorities in England, so this (extradition) can be done but what is an offence here must also be an offence there and they must reciprocate, and then only ‘extradition’ can happen,” said Wan Junaidi in spelling out the realities on the secession issue.
Nasrun had alleged in his question that the secessionists were becoming more vocal with the support abroad, especially in the United Kingdom.
The Deputy Home Minister said the Attorney-General’s Chambers was currently going through the investigation papers on the secessionists “and will look into the extradition process if there is sufficient evidence for prosecution”.
The UK-based Sabah-Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) headed by Doris Jones of Sabah, disclosed Wan Junaidi, is among those being investigated.
Monday, 24 November 2014
Monday, November 24, 2014
Doris Jones
,
News
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
,
Sharing
No comments
Sentimen Sabah, Sarawak keluar Malaysia tidak benar
Berdasarkan penyiasatan dan risikan yang diterima oleh pihaknya, hanya segelintir sahaja yang mahukan perkara sedemikian.
KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan tanggapan sesetengah pihak wujudnya sentimen yang mahukan Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan penyiasatan dan risikan yang diterima oleh pihaknya, hanya segelintir sahaja yang mahukan perkara sedemikian.
“Yang Berhormat hidup dalam dunia persepsi yang YB sendiri buat. Kita hidup dalam dunia realiti yang kita mengetahui secara khusus,” katanya menjawab soalan dari Ahli Parlimen DAP- Bandar Kuching, Chong Chieng Jien yang mendakwa terdapat sentimen rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar Malaysia.
Sementara itu katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengisytiharkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Wan Junaidi menjelaskan, pengisytiharan oleh KDN pada 14 November lalu adalah berdasarkan Seksyen (1) Akta Pertubuhan 1966 selepas mendapati ia melakukan aktiviti yang memudaratkan kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam.
Menurut beliau: “Kumpulan ini telah bergiat aktif di laman sosial bagi menghasut dengan fakta-fakta yang kurang benar dan tidak tepat. Polis juga menyiasat beberapa individu yang bertindak menyebarkan maklumat dan berkempen menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.”
Monday, November 24, 2014
Agreement of Malaysia
,
anti-SSKM
,
Doris Jones
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
Nationalist
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
No comments
Putrajaya mulls extraditing Sabah, Sarawak secessionists living abroad
KUALA LUMPUR, Nov 24 — The federal government will look into the possibility of extraditing Malaysians citizen living overseas for instigating talks of Sabah and Sarawak’s secession from Malaysia, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar said today.
The deputy home minister told the Dewan Rakyat today that the police have investigated reports lodged against a group called “Sabah-Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)”, which allegedly sparked discussions on the possibility of secession involving the two east Malaysian states.
Wan Junaidi said the Attorney-General’s Chambers is currently reviewing the investigation papers and will look into the extradition process if there is sufficient evidence for prosecution.
Wan Junaidi was responding to a question by Barisan Nasional’s (BN) Silam MP Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, who alleged that the group is becoming more vocal with the support of Malaysians abroad, citing those in the United Kingdom (UK) specifically.
“We have good relations with authorities in England, so this can be done but what is an offence here must be an offence there and they must reciprocate then only extradition can happen,” said the deputy minister.
Malaysia does not have an extradition treaty with the UK. Extraditions between the two countries also require the element of double criminality.
Instigating secession is considered seditious under Malaysian law. The UK abolished sedition as an offence in 2010.
The SSKM Facebook page has jumped from 900 over “likes” to more than 5,300 in the 10 days after the first police report against the group on September 2.
A SSKM “closed group” has over 24,000 members, including a state minister, former chief minister and journalists.
Monday, November 24, 2014
anti-SSKM
,
bn
,
Doris Jones
,
Malaysia
,
Nationalist
,
News
,
Sharing
No comments
Putrajaya to look into extraditing East Malaysia Secessionists in United Kingdom
Putrajaya will await instructions from the Attorney-General's Chambers before looking at the possibility of extraditing Malaysians living abroad who are fuelling secession talk between East and West Malaysia, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar told Parliament today.
The deputy home minister said very few police reports had been made against such groups and urged the public to lodge more reports.
"Based on the reports made, the police have investigated and sent the investigation papers to the A-G, but the A-G is still looking at it based on facts and provisions in law.
"Only after that can we talk about extradition, and although we have good relations with the authorities in England, we must first ensure that what is considered an offence here must also be considered an offence there," he said.
His reply prompted Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching) to say that the majority in East Malaysia felt they were being treated as the “stepchild” by Putrajaya, especially Umno.
He said East Malaysians also felt that they were being left out of the wave of development and that the conditions set when Sabah and Sarawak joined Semenanjung were not being fulfilled.
Chong asked if Putrajaya would look into engaging and discussing with the groups that felt unhappy with the state of affairs instead of suppressing them.
Wan Junaidi said a small number supported the secession talk, adding that it was not possible to engage these people if they “were running off to England”.
As such, he said the approach taken by the federal government was correct.
Wan Junaidi also expressed confidence that Sabah and Sawarak would see exponential development over the next few years, as experienced in West Malaysia. – November 24, 2014.
Monday, November 24, 2014
Agreement of Malaysia
,
Doris Jones
,
Exposing the Truth
,
Fact
,
Federation of Malaysia 16 September 1963
,
History
,
Nationalist
,
Sabah
,
Sabah Sarawak Union (SSU)
,
Sarawak
2
comments
Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO) untuk "Menentang Pihak Manipulasi Perjanjian Malaysia"
Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara SAH dibawah Bidang Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northen Irland (UK), ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan yang telah dibuat oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Negara Sarawak pada 23 November 2014. Dalam kenyataannya yang disiarkan melalui berita online di The Malaysian Insider, ia mendakwa bahawa "Pemuda BN sedia tentang pihak manipulasi Perjanjian Malaysia".
Antara hujah-hujah pendeknya ialah "Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasikannya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang"[1]. Ditambahnya lagi bahawa "anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu"[2].
Dalam kenyataannya juga, ia adalah bertujuan untuk "menangkis cubaan pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Sabah dan Sarawak"[3]. Selain itu juga, dia berkata "kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk menubuhkan Malaysia. Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjug (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak. Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia"[4]. Dan yang terakhir dalam hujah pendeknya ialah "Kita tahu dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan dibawah tema gagasan Malaysia"[5].
Pertama [1], saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana telah menyatakan pendirian dengan jelas sekali untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963. Untuk itu, saya ada beberapa soalan kepada anda yang perlu dijawab dengan jujur iaitu adakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diguna pakai oleh kerajaan persekutuan malaysia sekarang ini adalah Perlembagaan baru yang lahir pada 16 September 1963 ataupun merupakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 31 Ogos 1957 yang telah diadaptasi dengan menambah, menolak, mengubah dan sebagainya? Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, adakah akta hasutan 1948 itu boleh digunapakai dalam kerajaan Persekutuan Malaysia apatah lagi keatas rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Pernahkah "malaysia" itu merdeka? Berapa tahun sudahkah persekutuan malaysia ini terbentuk?
Kedua [2], anggota anda akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian dalam konteks apakah pemahaman itu? Adakah dalam konteks pemahaman bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia sekadar untuk menjadi setaraf dengan 11 buah negeri-negeri malaya ataupun sebagai salah satu rakan kongsi (negara) dalam pembentukkan persekutuan malaysia ini? Jikalau anda mengatakan hanya untuk menjadi "negeri-negeri" yang ke-12 dan yang ke-13, adakah terdapat wakil-wakil kerajaan negeri malaya yang bersama-sama mendatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963? Ataupun hanya kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) sahaja yang bersama dengan rombonganya menandatangni perjanjian tersebut?
Ketiga [3], Saya mengakui bahawa saya bertanggungjawab penuh dalam menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak kerana apa yang dituntut itu sememangnya adalah Hak Mutlak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Adakah anda ingin bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak bergembira apabila Hak yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia itu tidak dihormati dan dilanggari? Rasa tidak puas hati itu timbul apabila pihak kami dan juga kumpulan-kumpulan NGO yang lain telah memberikan kesedaran melalui bentuk pendidikan dan pendedahan fakta sejarah berbukti yang selama ini telah disembunyikan dengan niat jahat. Bolehkah saya katakan kepada mereka untuk "bergembira" setelah mereka tahu hak yang sepatutnya mereka nikmati, penjanjian yang semestinya dihormati itu tidak berlaku seperti mana yang telah dipersetujui pada tahun 1963?
Keempat [4], kenyataan seperti ini sudah lama kedengaran selama 51 tahun termasuk tahun ini. Namun, kenyataan tetap kenyataan yang tidak pernah berakhir, dan hanya dilakukan pada mulut tetapi tidak kepada tindakan. Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh empat buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Persoalannya, dimanakah sudah kerajaan persekutuan tanah melayu menghilang? Apakah pula definisi "persekutuan" dalam perlembagaan persekutuan malaysia? Adakah ia merujuk kepada definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 16 September 1963 ataupun definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957?
Kelima [5], jikalau benar anda tahu dan mahu menegakkan semula perjanjian malaysia ini, bolehkah anda sebagai menteri dalam kerajaan persekutuan malaysia ini mengusulkan dalam dewan parlimen pada tahun hadapan untuk mengkaji semula perjanjian malaysia? Ini kerana perjanjian malaysia yang ada sekarang masih menyatakan bahawa Negara Singapura masih sebagai anggota dalam persekutuan malaysia. Kita semua sedia maklum bahawa Negara Singapura telah menarik diri (bukan dikeluarkan) daripada persekutuan malaysia. Seharusnya sebuah Perlembagaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk meramkumkan 4 (kini tinggal 3) buah kuasa kerajaan dalam Persekutuan Malaysia dan bukan 14 kuasa seperti yang wujud sekarang. Bolehkah ini semua dilakukan melalui jaminan dan tindakan anda selaku menteri persekutuan malaysia?
Segala jawapan anda akan ditakrifkan sebagai jawapan penuh kerajaan persekutuan malaysia kerana anda mewakili kerajaan persekutuan malaysia telah membuat kenyataan seperti ini, maka jawapan kepada persoalan ini seharusnya dan semestinya mewakili kerajaan persekutuan malaysia dan bukan atas kapasiti individu.
Kenyataan susulan berhubung dengan persoalan ini akan dikeluarkan sebaik sahaja anda (khairy) menjawab segala persoalan ini dengan jujur.
Harap maklum.






